KONSEP KEAGRESIAN MIKRO PERKAUMAN (KMP) DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: SATU ANALISIS
Keywords:
Keagresian, Mikro, Perkauman, Pelajar, IPTAbstract
Artikel ini berkaitan dengan Keagresian Mikro Perkauman (KMP) iaitu sejenis perkauman moden yang halus serta kebiasaannya tidak dapat dikesan kewujudannya. Tambahan lagi, KMP ini kurang disedari oleh pelaku dan mangsa tetapi lazimnya ditemui dalam keadaan seharian dalam pelbagai kumpulan manusia. Oleh itu, artikel ini membincangkan tentang konsep KMP yang berlaku dalam kalangan pelajar pelbagai kaum di institut pengajian tinggi (IPT). Kajian kualitatif yang menggunakan metode dokumentasi dalam pengumpulan data. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan perisian N Vivo 2.0. Artikel ini menunjukkan bahawa KMP ialah sejenis perkauman moden yang kebiasaannya berlaku dalam interaksi lisan dan bukan lisan pada setiap hari yang kebanyakannya secara spontan serta sering dilakukan secara tidak sengaja. KMP terbahagi kepada tiga bentuk iaitu microassaults, microinsult dan microinvalidation. Kajian ini juga dapat membuktikan tentang realiti KMP dalam persekitaran pendidikan memang berlaku dalam kalangan pelajar IPT. Maka terdapat keperluan untuk meningkatkan kesedaran dan membangunkan proses yang berkesan untuk mengurangkan atau mencegah KMP tersebut daripada terus subur dan berlaku pada masa akan datang.