KAKITANGAN AWAM MELAYU JOHOR PADA ERA KOLONIAL BRITISH: SATU SOROTAN AWAL, 1914-1941
Keywords:
Kakitangan, Awam, Melayu, KolonialAbstract
Artikal kajian ini berkenaan tinjauan awal kakitangan awam Melayu di Johor ketika era pentadbiran kolonial British pada tahun 1914 hingga tahun 1941. Peranan kakitangan awam Melayu telah bermula sejak penstrukturan semula pentadbiran negeri Johor lagi. Artikel kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah ini menekankan analisis dokumen dan sumber primer daripada fail-fail rekod-rekod kolonial seperti fail Annual Report of Johor, List of Establisment, fail-fail kerajaan negeri Johor berkaitan rekod keluar masuk kakitangan dan rekod syarat kelayakan jawatan. Dapatan kajian menunjukkan kemampuan kakitangan awam Melayu membantu mengurus tadbir pentadbiran negeri Johor membawa kepada pembentukan Johor Civil Service oleh Sultan Ibrahim pada tahun 1895 dengan melantik kakitangan awam muda untuk bekerja dengan tokoh-tokoh lama bagi membolehkan kakitangan awam generasi muda ini mendalami ilmu dan pengetahuan daripada kakitangan berpengalaman dalam pengurusan pentadbiran negeri Johor. Secara keseluruhannya, artikal ini akan memperlihatkan kemampuan orang Melayu untuk bekerja dalam pengurusan pentadbiran membolehkan mereka terus berkhidmat sebagai kakitangan awam dalam sistem pentadbiran selepas penguasaaan kolonial British di Johor.