KAJIAN PERMASALAHAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN FIZIK 1
Abstract
Penyelidikan ini bermula dengan kajian diagnosis bagi mengenalpasti dan menganalisis masalah pelajar dalam pembelajaran Fizik 1 berdasarkan analisis permasalahan ujian diagnosis terhadap helaian jawapan 217 sampel pelajar yang mengambil kursus tersebut. Keseluruhan analisis kajian diagnosis mendapati pelajar bermasalah dalam aspek berikut: menganalisis gambarajah graf, menterjemah persamaan algebra ke bentuk konsep Fizik, menghubungkaitkan konsep Fizik dengan fenomena sebenar, pengiraan secara Matematik, membandingkan fenomena berbeza dalam menghubungkaitkan konsep Fizik, tidak mengaplikasikan konsep Fizik. Kajian ini penting bagi membendung permasalahan pelajar dalam pembelajaran fizik, disamping dapat mengenalpasti dan mengatasi kesamaran pelajar dalam memahami konsep fizik dikalangan pelajar daripada berulang. Permasalahan pelajar dalam pembelajaran Fizik 1 ini mencadangkan pembelajaran pelajar berelemen multimedia bagi mengaktifkan deria-deria pelajar untuk melihat, menghayati dan memerhati hubungan sesuatu konsep, hokum fizik dengan fenomena alam yang nyata dan realiti. Ini membolehkan pelajar mengkaitkan hubungan pelbagai kuantiti fizik berdasarkan kenyataan fenomena fizik dalam kehidupan seharian. Penyelesaian dan penjelasan masalah fizik dalam pembelajaran berelemen multimedia dapat memberi kefahaman konsep fizik dan keberkesanan dalam pembelajaran kepada pelajar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Norbaizura Nordin. (2024). KAJIAN PERMASALAHAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN FIZIK 1. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 1(1). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1691
Issue
Section
Articles