PEMIKIRAN ARAS TINGGI (KBAT) MELALUI PERIBAHASA DALAM BAHAN MULTIMEDIA UNTUK PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Mazarul Hasan Mohamad Hanapi Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Norazimah Zakaria Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang terdapat melalui peribahasa dalam bahan multimedia kartun Pada Zaman Dahulu. Ia dilihat mampu memberi nilai yang baik dan mampu memberi kesan yang besar dalam pendidikan murid sekolah rendah. Pendekatan pengajaran berasaskan multimedia mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran yang menarik. Di sini animasi memainkan peranan penting bagi menceriakan lagi persembahan sesebuah informasi. Perkara ini penting untuk memastikan murid dapat menumpukan perhatian dan tidak merasa jemu ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta mendapat ilmu yang berterusan. Makalah ini akan memanfaatkan teori semiotik (Peirce, 1965) dan teori konstruktivisme (1987). Semiotik mementingkan tanda, penanda dan petanda. Dari sudut pengajaran, guru bijak menggunakan kecergasan fikiran untuk memahami sesebuah peribahasa. Teori semiotik mengajak guru untuk melihat hubungan penanda dan petanda. Dalam pengajaran peribahasa, aspek simbol sangat penting dalam teori semiotik. Hubungan simbol dalam peribahasa akan dilihat berdasarkan penggunaan pilihan kata-kata yang terpilih dalam konteks pemikiran masyarakat Melayu dan yang terdapat dalam bahan multimedia kartun Pada Zaman Dahulu. Manakala menurut Post & Weingartner (1969) konstruktivisme pula ialah satu pengetahuan baharu tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan. Pandangan baru ini menganggap pelajar bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pembelajaran secara konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Justeru, pendidikan yang kaya dengan bahan tradisi yang mempunyai nilai-nilai murni khususnya melalui bahan pengajaran terpilih perlu dititikberatkan agar dapat membina modal insan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, & Norazimah Zakaria. (2024). PEMIKIRAN ARAS TINGGI (KBAT) MELALUI PERIBAHASA DALAM BAHAN MULTIMEDIA UNTUK PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 1(1). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1693