TAHAP KEPRIHATINAN GURU BAHASA INGGERIS DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM BAHASA INGGERIS CEFR (THE COMMON EUROPEAN FRAMEWORK OF REFERENCE FOR LANGUAGES)
Abstract
Common European of Framework Reference (CEFR) ialah satu standard pengukuran penguasaan Bahasa Inggeris yang diperakui oleh negara barat. Taraf Bahasa Inggeris di kalangan murid yang kurang memuaskan perlu ditingkat. Lantaran itu, CEFR dilaksanakan secara serentak seluruh Malaysia semenjak tahun 2017 bagi murid-murid darjah satu dan dua. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap keprihatinan guru Bahasa Inggeris terhadap pelaksanaan CEFR di Bangsar Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Kajian ini menggunakan Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan (MPBK) atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM) sebagai kerangka teori. Data telah dikutip daripada 205 guru Bahasa Inggeris daripada 101 buah sekolah rendah berdasarkan soal selidik Stages of Concern Questionnaire (SoCQ) yang berasaskan model CBAM. Menerusi analisis ANOVA Sehala, mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengalaman mengajardi mana guru yang berpengalaman mengajar lebih 30 tahun lebih berprihatin terhadap CEFR berbanding dengan guru-guru lain. Namun, tiada perbezaan yang signifikan didapati dari segi kelayakan akademik guru bahasa Inggeris. Dapatan kajian ini dipercayai dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengenalpasti dan memperbaiki lagi pelaksanaan kurikulum CEFR.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Kee Siaw Ling, & Zanaton Hj Iksan. (2024). TAHAP KEPRIHATINAN GURU BAHASA INGGERIS DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM BAHASA INGGERIS CEFR (THE COMMON EUROPEAN FRAMEWORK OF REFERENCE FOR LANGUAGES). INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 1(1). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1694
Issue
Section
Articles