HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRI KERJA BERPASUKAN DENGAN KEBERKESANAN KERJA BERPASUKAN DALAM KALANGAN GURU-GURU TINGKATAN ENAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI NEGERI PAHANG

Authors

  • Zahari Hashim Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara ciri-ciri kerja berpasukan dengan keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan guru-guru Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Pahang. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif melibatkan pengumpulan data yang dilakukan menggunakan soal selidik. Populasi kajian adalah seramai 677 orang. Sampel kajian melibatkan 250 orang guru Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Pahang. Statistik deskriptif digunakan bagi menjawab persoalan kajian manakala statistik inferensi iaitu analisis Korelasi Pearson untuk menguji hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan daripada analisis Korelasi Pearson, bagi aspek dibawah tema proses, analisis menunjukkan aspek potensi, perkongsian beban tugas dan komunikasi/kerjasama di dalam pasukan kerja menunjukkan hubungan yang tinggi dengan keberkesanan pasukan kerja. Bagi aspek di bawah tema reka bentuk tugas, aspek pelbagai tugas dan penglibatan menunjukkan hubungan yang tinggi dengan keberkesanan pasukan kerja. Bagi aspek di bawah tema konteks, terdapat dua ciri pasukan kerja iaitu latihan dan komunikasi/kerjasama antara pasukan menunjukkan hubungan yang tinggi dengan keberkesanan pasukan kerja. Manakala bagi aspek di bawah tema saling bergantungan, terdapat dua ciri pasukan kerja iaitu saling bergantungan terhadap matlamat dan saling bergantungan terhadap maklumbalas/ganjaran menunjukkan hubungan yang tinggi dengan keberkesanan pasukan kerja. Implikasi kajian adalah semakin tinggi ciri-ciri kerja berpasukan maka semakin tinggi keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan guru-guru Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Pahang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Zahari Hashim. (2024). HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRI KERJA BERPASUKAN DENGAN KEBERKESANAN KERJA BERPASUKAN DALAM KALANGAN GURU-GURU TINGKATAN ENAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI NEGERI PAHANG. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 1(1). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1696