PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB UNTUK PELAJAR AUTISME

Authors

  • Nur Izzah Sarihah Azmi Department of Language and Communication, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Zarima Mohd Zakaria Department of Language and Communication, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan masalah yang timbul terhadap pelajar autisme semasa pembelajaran mata pelajaran bahasa Arab di sekolah menengah. Masalah yang difokuskan dalam kajian ini adalah dari aspek sikap, motivasi, dan minat. Seramai tiga orang guru bahasa Arab di sebuah sekolah menengah di Terengganu dipilih sebagai informan kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif reka bentuk kajian kes yang menggunakan temubual berstruktur sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar autisme menonjolkan sikap positif semasa pembelajaran bahasa Arab. Begitu juga pada aspek motivasi, pelajar autisme menunjukkan kesungguhan semasa melakukan aktiviti pembelajaran bahasa Arab. Manakala dari aspek minat, pelajar autisme kurang memperlihatkan minat dalam mata pelajaran bahasa Arab berbanding mata pelajaran yang lain.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nur Izzah Sarihah Azmi, & Zarima Mohd Zakaria. (2024). PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB UNTUK PELAJAR AUTISME. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(6). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1722