PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DAN MINAT DALAM KERJAYA STEM
Abstract
Penyertaan pelajar sekolah menengah dalam bidang sains sehingga kini, tidak pernah mencapai nisbah sains-sastera 60:40. Malaysia sama seperti negara-negara lain telah mengorak langkah untuk bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan pemikiran komputasional, justeru, terdapat pelbagai program yang berasaskan STEM telah direalisasikan. Seperti kebanyakan program pendidikan yang berhasrat untuk menarik minat pelajar, keberkesanannya tidak begitu jelas dalam gerakan STEM ini yang bersifat lebih kepada ‘di luar bilik darjah’. Walaupun, persekitaran pembelajaran merupakan salah satu indikator kualiti pendidikan, persekitaran pembelajaran dalam bidang STEM kurang diberi perhatian dalam kajian dalam pendidikan STEM terutamanya di Malaysia. Dengan ini, instrumen persekitaran pembelajaran dibina iaitu CLES-STEM dan CIQ. Instrumen persekitaran pembelajaran ini diperlukan untuk membantu para penyelidik menilai sejauh mana persekitaran bilik darjah tertentu selaras dengan epistemologi konstruktivis dan STEM, sekaligus, membantu guru untuk merefleksi tangapan epistemologi mereka dan memperbaiki semula sesi pembelajaran pelajar. Sehubungan itu, tinjauan CLES-STEM dan CIQ digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran dan minat pelajar terhadap kerjaya STEM. Instrumen ini ditadbirkan kepada 240 orang pelajar Tingkatan Empat daripada 20 buah sekolah di Daerah Sandakan, Sabah. Keputusan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran (sig=0.384) dan minat dalam kerjaya STEM (sig=0.764) tidak berbeza mengikut jantina pelajar, manakala persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran (sig=0.193) dan minat dalam kerjaya STEM (sig=0.000) pula berbeza mengikut lokasi sekolah. Analisis korelasi menunjukkan skala persekitaran pembelajaran CLES mempunyai perkaitan yang signifikan yang lemah dengan minat dalam kerjaya STEM (r=0.316), manakala, skala persekitaran pembelajaran STEM pula mempunyai perkaitan signifikan yang sederhana kuat dengan minat dalam kerjaya STEM (r=0.628). Namun, dapatan kajian ini menunjukkan tiada perkaitan antara persekitaran pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar (r=-0.130).Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nursyahirah Ahmad, & Denis Lajium. (2024). PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DAN MINAT DALAM KERJAYA STEM. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(6). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1726
Issue
Section
Articles