SIKAP PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN STATISTIK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK: PERBANDINGAN DI ANTARA JANTINA DAN BIDANG PENGKHUSUSAN

Authors

  • Muhamad Adha Shamdin @ Shamsuddin Department of Mathematics, Science and Computer, Politeknik Sultan Azlan Shah, Malaysia
  • Rosniza Mohd Nor Department of Mathematics, Science and Computer, Politeknik Sultan Azlan Shah, Malaysia
  • Nor Azrin Ahmad Bahar Department of Mathematics, Science and Computer, Politeknik Sultan Azlan Shah, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti sikap pelajar melalui pembelajaran statistik melalui perbandingan antara jantina dan juga bidang pengajian yang diambil oleh pelajar di politeknik. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan yang terdiri daripada 152 pelajar politeknik dari bidang pedagagan iaitu diploma pemasaran, akauntasi, pengurusan peruncitan dan perniagaan. Kajian ini menggunakan instrumen Survey of Attitude towards Statistics (SATS) yang mengandungi 36 item positif dan negatif serta terdiri daripada enam dimensi sikap terhadap statistik. Dapatan kajian menunjukkan sedikit perbezaan skor min sikap pelajar berdasarkan jantina bagi pelajar perempuan (min = 98.40) dan pelajar lelaki (min = 98.05) terhadap mata pelajaran statistik. Berdasarkan keputusan daripada ujian-t sampel bebas yang dijalankan, perbezaan min di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan ini adalah tidak signifikan, t(150) = -0.263, Ï =0 .793). Hasil perbandingan sikap terhadap statistik berdasarkan bidang pengajian di politeknik didapati pelajar Diploma Pengajian Perniagaan menunjukkan min skor yang paling tinggi (100.49), manakala pelajar dari Diploma Pengurusan Peruncitan menunjukkan min skor yang paling rendah (96.61). Namun begitu, berdasarkan keputusan daripada ujian analisis varians satu hala yang dijalankan, perbezaan yang ditunjukkan dalam min skor ini adalah tidak signifikan, F(3, 148) = 2.546, Ï = 0.058. Hasil perbandingan ini di dapati tiada perbezaan dari segi minat terhadap statistik antara jantina pelajar dan perbandingan untuk bidang pengajian yang berbeza. Oleh itu, para pensyarah boleh melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dirasakan berkesan dan tiada keperluan untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berasingan mengikut jantina dan tiada keperluan untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berasingan mengikut bidang pengajian di politeknik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Muhamad Adha Shamdin @ Shamsuddin, Rosniza Mohd Nor, & Nor Azrin Ahmad Bahar. (2024). SIKAP PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN STATISTIK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK: PERBANDINGAN DI ANTARA JANTINA DAN BIDANG PENGKHUSUSAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1740