KEBERKESANAN SMART INFOBOARD PC COMPONENTS SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR AUGMENTED REALITY BAGI KURSUS PENGENALAN SISTEM KOMPUTER TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR POLITEKNIK
Abstract
Konsep AR telah diperluaskan dalam pendidikan secara inovatif yang berpotensi mengubah kelas biasa menjadi pengalaman yang menarik memandangkan terdapat pelbagai perisian dan perkakasan yang boleh diperolehi dan digunakan untuk menghasilkan aplikasi AR. Kursus Pengenalan Sistem Komputer merupakan kursus yang ditawarkan di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun Terengganu bertujuan memperkenalkan pelajar kepada konsep asas komputer, pemasangan perkakasan dan instalasi perisian. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap persepsi pelajar terhadap penggunaan SIPC sebagai alat bantu mengajar dan mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan SIPC sebagai alat bantu mengajar dalam Kursus Pengenalan Sistem Komputer. Seramai 36 orang pelajar terlibat sebagai responden. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Kaedah analisis kuantitatif digunakan bagi menghuraikan skor min dengan menggunakan SPSS versi 26.0. Hasil dapatan menunjukkan tahap persepsi pelajar terhadap penggunaan SIPC sebagai alat bantu mengajar adalah pada tahap julat skor min tinggi iaitu 4.51 dan tahap keberkesanan penggunaan SIPC sebagai alat bantu mengajar juga adalah pada tahap julat skor min tinggi iaitu 4.51. Secara keseluruhannya, hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa tahap keberkesanan inovasi SIPC sebagai alat bantu mengajar teknologi augmented reality bagi Kursus Pengenalan Sistem Komputer di kalangan pelajar PSMZA adalah pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa kesemua item yang dikaji menyokong bahawa SIPC sebagai alat bantu mengajar adalah sangat berkesan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Melati Sabtu, & Nor Aznira Yusoff. (2024). KEBERKESANAN SMART INFOBOARD PC COMPONENTS SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR AUGMENTED REALITY BAGI KURSUS PENGENALAN SISTEM KOMPUTER TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR POLITEKNIK . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1742
Issue
Section
Articles