TAHAP PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KEMUDAHAN DI ATAS TALIAN UNTUK MENYOKONG AKTIVITI PEMBELAJARAN FLEKSIBEL BERDASARKAN ELEMEN REKABENTUK PENDEKATAN HEUTAGOGI
Abstract
Pendekatan pembelajaran Heutagogi merupakan satu kaedah pembelajaran fleksibel berpusatkan kendiri (‘self-directive learning’) bertujuan membentuk pelajar yang bermotivasi tinggi justeru memungkinkan mereka untuk merancang pendekatan pembelajaran mereka sendiri sesuai dengan minat masing-masing, sama ada di dalam situasi formal atau tidak formal. Tumpuan utama kajian ini adalah di dalam ruang lingkup elemen-elemen rekabentuk pendekatan heutagogi iaitu Meneroka (‘exploration’), kreativiti (‘creation’), kolaborasi (‘collaboration’), perhubungan (‘connection’), perkongsian (‘sharing’), dan refleksi (‘reflection’). Seramai 102 responden melibatkan kumpulan pelajar junior (Semester 1) dan pelajar senior (Semester 5) Program Diploma Teknologi Maklumat dari 3 buah politeknik iaitu Politeknik Kuching Sarawak, Politeknk Muadzam Shah dan Politeknik Kuala Terengganu telah memberikan maklumbalas terhadap kajian yang dijalankan melalui borang soal-selidik yang merangkumi 24 item berdasarkan skala likert 5 mata. Pengesahan item adalah menggunakan kaedah Cronbach Alpha di mana nilai yang diperolehi adalah melebihi 0.80 bagi setiap elemen Heutagogi (setiap elemen merangkumi 4 item). Dapatan kajian mendapati pelajar menerima baik penggunaan kemudahan di atas talian untuk menyokong aktiviti pembelajaran mereka (skor min melebihi 3.80) namun terdapat perbezaan yang ketara di antara pelajar junior dan pelajar senior di dalam beberapa elemen Heutagogi iaitu elemen kolaborasi, berhubung dan refleksi. Kesimpulannya, pendekatan Heutagogi perlu diperkukuhkan lagi bagi menyokong usaha bersama dalam melahirkan graduan yang holistik.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Norwahida Saamri, Safinah Nawawi, & Ruzanna Ramli. (2024). TAHAP PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KEMUDAHAN DI ATAS TALIAN UNTUK MENYOKONG AKTIVITI PEMBELAJARAN FLEKSIBEL BERDASARKAN ELEMEN REKABENTUK PENDEKATAN HEUTAGOGI. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1743
Issue
Section
Articles