TINJAUAN KEPERLUAN PERALATAN PELAJAR UNTUK PERSEDIAAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DI KOLEJ KOMUNITI GERIK
Abstract
Kolej Komuniti Gerik (KKGP) menggunakan inisiatif pembelajaran atas talian mengantikan pembelajaran fizikal untuk membantu pengajar dan pelajar menjalani pembelajaran yang lebih efektif dan efisien. Pelajar memerlukan sumber jalur lebar dan peralatan seperti telefon pintar, komputer riba, seangkat dengannya untuk pembelajaran atas talian. Jadi, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peralatan dan sumber yang digunakan oleh pelajar untuk pembelajaran atas talian, mengenal pasti jenis sistem operasi dan versi sistem operasi peralatan telekomunikasi yang digunakan oleh pelajar untuk pembelajaran atas talian, mengenal pasti hubungan antara jenis sistem operasi dan kapasiti data simpanan yang sedia ada di dalam peralatan telekomunikasi dan mengenal pasti hubungan antara sumber jalur lebar yang digunakan dan kemudahan peralatan yang dimiliki oleh pelajar untuk pembelajaran atas talian. Analisis Kolerasi Rank Spearman digunakan untuk mendapatkan kekuatan hubungan antara dua pemboleh ubah. Hasil tinjauan mendapati pelajar memilih untuk mengunakan telefon pintar dan komputer riba untuk pembelajaran atas talian. Pelajar juga memilih untuk menggunakan mobile internet sebagai sumber utama jalur lebar. Hasil statistik menunjukkan jenis sistem operasi dan kapasiti data simpanan peralatan penting untuk aktiviti pembelajaran atas talian. Sumber jalur lebar dan peralatan yang digunakan oleh pelajar tidak berkait rapat untuk pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atas talian. Keseluruhannya, hampir semua pelajar mempunyai peralatan dan sumber yang baik untuk pembelajaran atas talian namun memerlukan sumber jalur lebar dan peralatan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pembelajaran atas talian sepenuhnya.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nuraisyah Abdul Aziz, Suhaida Borhan, & Nurul Hafidzoh Mohd Hussin. (2024). TINJAUAN KEPERLUAN PERALATAN PELAJAR UNTUK PERSEDIAAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DI KOLEJ KOMUNITI GERIK. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1744
Issue
Section
Articles