PEMBANGUNAN APLIKASI PENILAIAN PROJEK AKHIR MENGGUNAKAN ‘GOOGLE SHEET’ DAN ‘GLIDE APPS’
Abstract
Di Malaysia, virus COVID 19 telah menular dan memberi impak kepada sistem pendidikan. Akibat permasalahan tersebut, aktiviti penilaian projek akhir pelajar oleh panel-panel industri tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, aplikasi penilaian projek akhir dibangunkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran atas talian selaras penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan kearah revolusi industri 4.0. Objektif pertama kajian ini adalah merekabentuk kerangka idea aplikasi penilaian projek akhir berdasarkan kurikulum silibus. Objektif kedua adalah membangunkan aplikasi penilaian projek akhir menggunakan google sheet serta glide apps. Kerangka idea direkabentuk berdasarkan kerangka teori pedagogi pembelajaran mudah alih, Model Mabry’s dan hierarchy mobility. Kerangka idea ini mengadaptasi tiga elemen Model Mabry’s. Pertama adalah psikrometrik terdiri daripada ‘Course Learning Outcome’ (CLO) silibus. Kedua ialah kontekstual iaitu kemahiran merekod buku log, kolaboratif, komunikasi, penulisan laporan, menjawab soalan, pengurusan projek, mencari maklumat dan kerja berpasukan. Ketiga adalah ipsatif yang melibatkan pembelajaran individual (pelajar) dan sosialiti (penyelia dan panel industri). Aplikasi yang dibangunkan adalah merangkumi aplikasi pelajar, penyelia projek serta panel industri. Hasil kajian menunjukkan penggunaan teknologi google sheet dan komponen aktiviti glide apps dalam pembangunan aplikasi ini adalah memudahkan perlaksanaan penilaian dan fleksibel terhadap pemilihan pelbagai kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran dan pengajaran mengikut kerangka idea, konsep pembelajaran jarak jauh, kurikulum silibus.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Aryuziyanti Mohamad @ Mohd Nor. (2024). PEMBANGUNAN APLIKASI PENILAIAN PROJEK AKHIR MENGGUNAKAN ‘GOOGLE SHEET’ DAN ‘GLIDE APPS’ . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1746
Issue
Section
Articles