PEMBELAJARAN MATEMATIK SECARA ATAS TALIAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Abstract
Pembelajaran secara atas talian merupakan kaedah pembelajaran baru yang perlu diikuti oleh semua pelajar semasa perintah kawalan pergerakan. Kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap pembelajaran matematik secara atas talian, mengenal pasti medium atas talian bagi PdP matematik yang disukai oleh pelajar dan mengenal pasti perbezaan persepsi pelajar lelaki dan perempuan terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik secara atas talian semasa tempoh tempoh kawalan pergerakan (PKP). Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik dibangunkan menggunakan Google Form dan perlu diisi oleh pelajar yang mengambil subjek Matematik bagi sesi Jun 2020 di Kolej Komuniti Gerik secara atas talian. Bilangan reponden bagi kajian ini adalah seramai 32 orang. Dapatan kajian dianalisis secara frekuensi, skor min dan T-Test. Hasil dapatan kajian mendapati persepsi pelajar terhadap PdP matematik secara atas talian berada pada tahap yang tinggi. Pelajar juga menyukai pembelajaran menggunakan medium Telegram berbanding Google Classroom. Ujian T-Test mendapati tiada perbezaan signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap pembelajaran secara atas talian menggunakan Telegram dan Google Classroom. Kajian ini dapat membantu pensyarah untuk menambahbaik mutu pengajaran dan pembelajaran secara atas talian dan memastikan semua pelajar tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi semasa.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Norhafinas Abd Latib, Mohd Nizam Edrusi, & Junaidah Muhamad. (2024). PEMBELAJARAN MATEMATIK SECARA ATAS TALIAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1747
Issue
Section
Articles