KESEDIAAN PELAJAR TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) NORMA BARU DI JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (JTMK), POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
Abstract
Kajian ini melihat kesediaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) norma baru di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan penerimaan pelajar terhadap PdP norma baru ini dan kemudahan sedia ada yang mempengaruhi pelaksanaan PdP norma baru ini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan sampel kajian yang terdiri daripada 81 orang pelajar dari semester 3 dan 4 JTMK, PSMZA dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Semua data yang telah dikutip dianalisis dengan perisian Statistical Package Social Science 20 (SPSS 20). Data yang diperolehi dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan dan skor min yang kemudiannya akan diinterpretasikan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan penerimaan pelajar terhadap PdP norma baru berada pada tahap sederhana. Namun begitu, kesediaan kemudahan sedia ada yang mempengaruhi pelaksanaan pembelajaran secara norma baru menunjukkan tahap yang tinggiDownloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nor Aidawati Abdillah, & Mazidah Musa. (2024). KESEDIAAN PELAJAR TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) NORMA BARU DI JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (JTMK), POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA) . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1748
Issue
Section
Articles