KAEDAH PEMBELAJARAN PENGAJIAN MALAYSIA 1 MELALUI PERMAINAN 'APA KERAJAAN BOLEH BANTU SAYA'

Authors

  • Nor Halina Noordin Unit Pengajian Am, Kolej Komuniti Gerik, Malaysia
  • Junaidah Muhamad Unit Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti Gerik, Malaysia
  • Nurul Hafidzoh Mohd Hussin Unit Pengajian Am, Kolej Komuniti Gerik, Malaysia

Abstract

Subjek Pengajian Malaysia 1 diperkenalkan di dalam Mata Pelajaran Umum dengan tujuan mengaplikasikan identiti nasional. Oleh yang demikian, pengakaedah pengajaran yang tepat perlu untuk mencapai matlmat tersebut. Kajian ini bertujuan menentukan tahap sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Malaysia 1, menentukan tahap minat pelajar terhadap permainan ‘Apa Kerajaan Boleh Bantu Saya’(AKBBS), mengenalpasti perbezaan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Malaysia 1 berdasarkan jantina dan mengenal pasti hubungan antara sikap dengan minat pelajar terhadap permainan AKBBS. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang merangkumi tiga komponen iaitu demografi responden, tahap sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah dan minat pelajar terhadap permainan AKBBS. Seramai 95 orang pelajar semester 1 daripada kursus Sijil Fesyen & Pakaian, Teknologi Maklumat dan Kenderaan Ringan dijadikan sampel kajian. Analisis yang dijalankan berbentuk skor min, -test dan korelasit. Soal selidik telah diedarkan secara dalam talian menggunakan Google Form. Dapatan mendapati tahap sikap pelajar terhadap Pengajian Malaysia 1 dan minat pelajar terhadap permainan AKBBS adalah tinggi. Tidak terdapat perbezaan sikap di antara jantina. Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap sikap pelajar dengan minat pelajar ke atas permainan AKBBS. Justeru, kajian terperinci dan komprehensif perlu dilakukan terhadap permainan dan kaedah pengajaran yang mesra teknologi bagi memastikan semua pelajar mempunyai motivasi yang tinggi dan meminati mata pelajaran Pengajian Malaysia 1.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nor Halina Noordin, Junaidah Muhamad, & Nurul Hafidzoh Mohd Hussin. (2024). KAEDAH PEMBELAJARAN PENGAJIAN MALAYSIA 1 MELALUI PERMAINAN ’APA KERAJAAN BOLEH BANTU SAYA’ . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1750