PERSEDIAAN TERHADAP PENGGUNAAN MS TEAMS SEBAGAI PLATFORM UTAMA PdPDT DI KALANGAN PELAJAR JTMK PMS
Abstract
Platform MS Teams merupakan medium pdpdt pilihan pensyarah dalam menyampaikan kandungan silibus kepada pelajar-pelajar. Satu tinjauan yang bertajuk Persediaan Terhadap Penggunaan MS Teams Sebagai Platform Utama Pdpdt Di Kalangan Pelajar JTMK, PMS telah dijalankan bagi mengetahui tahap persediaan pelajar-pelajar terhadap penggunaan platform MS Teams sebagai platform utama pdpdt. Seramai 250 orang pelajar JTMK PMS yang terdiri daripada pelajar-pelajar semester 1 hingga semester 5 telah dipilih sebagai responden kepada tinjauan ini. Soal selidik yang berjenis skala likert 5 telah digunakan sebagai sampel pengumpulan data yang diedarkan melalui aplikasi google forms kepada semua responden. Hasil analisis daripada tinjauan yang dijalankan ini menunjukkan pada bahagian kemudahan penggunaan MS Teams, bacaan min 3.95 telah dicatatkan dengan sisihan piawai 0.688. Bahagian kedua pula iaitu kesesuaian rekabentuk antaramuka mencatatkan bacaan min sebanyak 4.11 dengan sisihan piawai 0.693. Bahagian tiga iaitu kesesuaian rekabentuk topik mencatatkan bacaan min 3.96 dengan sisihan piawai 0.701. Bahagian empat iaitu faktor yang membantu pelajar mempelajari topik mencatat bacaan min 4.04 dengan sisihan piawai 0.704 manakala bahagian terakhir iaitu motivasi pula mencatat bacaan min 3.77 dengan sisihan piawai 0.844. Indeks min keseluruhan bagi tinjauan ini adalah 3.96. Secara keseluruhannya, tinjauan ini membuktikan bahawa MS Teams dapat diterima oleh pelajar-pelajar JTMK, PMS sebagai platform utama pdpdt bagi menggantikan bilik kuliah realtiti.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Roziyaliney Muhammad, Haris Fadillah Hasan, & Norwahida Saamri. (2024). PERSEDIAAN TERHADAP PENGGUNAAN MS TEAMS SEBAGAI PLATFORM UTAMA PdPDT DI KALANGAN PELAJAR JTMK PMS. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1751
Issue
Section
Articles