KAJIAN AWAL ADAPTASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN TEKS SULALATUS SALATIN

Authors

  • Nurul Shuhada Abdul Aziz Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Norazimah Zakaria Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sulalatus Salatin di tingkatan enam. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti penggunaan multimedia dalam PdP Sulalatus Salatin dari segi jenis, alat yang digunakan, kemahiran guru dan keperluan kurikulum. Objektif kedua ialah mengkaji sikap murid terhadap penggunaan multimedia dalam pembelajaran Sulalatus Salatin dan yang ketiga menganalisis hubungkait penggunaan multimedia dalam PdPc dengan kefahaman murid terhadap teks Sulalatus Salatin menggunakan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Pengkaji mengedarkan set soalan soal selidik yang mengandungi 36 soalan yang bersifat tertutup kepada 30 orang murid tingkatan enam di sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar, Perak. Dapatan kajian menunjukkan sebab utama penggunaan multimedia dalam PdP Sulalatus Salatin dari segi jenis multimedia, alat yang digunakan, kemahiran guru dan keperluan kurikulum adalah kerana penggunaan skrin LCD menyebabkan teks kelihatan lebih besar dan jelas dengan skor min sebanyak 4.433 (sd = 0.8976). Untuk objektif kedua, dua sikap murid yang paling dominan dengan skor min sebanyak 4.400 iaitu dengan penggunaan multimedia, tulisan dalam teks Sulalatus Salatin lebih jelas dan mudah dibaca (sd = 0.7701), manakala murid melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran teks Sulalatus Salatin (sd = 0.8944). Seterusnya, untuk objektif ketiga, hubungkait penggunaan multimedia dengan tahap kefahaman murid terhadap teks Sulalatus Salatin yang paling tinggi ialah murid lebih mudah membaca dan memahami sinopsis pada teks Sulalatus Salatin dengan skor min sebanyak 4.600 (sd = 0.6215). Kesimpulannya, kajian ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan tentang kelebihan penggunaan multimedia oleh guru semasa mengajar teks Sulalatus Salatin di tingkatan enam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nurul Shuhada Abdul Aziz, & Norazimah Zakaria. (2024). KAJIAN AWAL ADAPTASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN TEKS SULALATUS SALATIN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1753