CABARAN DAN STRATEGI DALAM PENGAJARAN RASM AL-QURAN: SATU KAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
CHALLENGES AND STRATEGIES IN TEACHING RASM AL-QURAN: A STUDY IN INSTITUTIONS OF HIGHER EDUCATION
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.623004Keywords:
Rasm al-Quran (Rasm al-Quran), al-Qiraat (al-Qiraat), Cabaran Pengajaran (Teaching Challenges)Abstract
Rasm al-Quran merupakan kaedah penulisan al-Quran yang penting dalam memastikan keaslian teks sejak zaman Rasulullah SAW. Namun, proses pengajaran ilmu ini di institusi pengajian tinggi berdepan pelbagai cabaran. Antara isu utama adalah kekurangan bahan rujukan yang komprehensif, kekeliruan antara ilmu Rasm, ilmu Dabt al-Quran, dan hubungannya dengan ilmu Qiraat, serta kelemahan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran-cabaran utama dalam pengajaran Rasm al-Quran dan mencadangkan strategi untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan melaksanakan temu bual bersama empat orang pensyarah yang mewakili zon Timur, Tengah, Selatan, dan Malaysia Timur. Hasil kajian menunjukkan bahawa kelemahan dalam penguasaan bahasa Arab, keterbatasan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran, serta kekurangan bahan rujukan yang mudah diakses dan difahami merupakan cabaran utama yang menghalang keberkesanan pembelajaran. Berdasarkan dapatan ini, kajian mencadangkan peningkatan pengajaran bahasa Arab, pembangunan bahan rujukan yang lebih mesra pengguna, serta perluasan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran. Dengan pelaksanaan strategi-strategi ini, diharapkan kualiti pengajaran Rasm al-Quran dapat dipertingkatkan, seterusnya memelihara keaslian teks al-Quran dan memudahkannya difahami dengan lebih mendalam oleh generasi akan datang.
Rasm al-Quran is an important method of Quranic scriptwriting that ensures the authenticity of the text since the time of Prophet Muhammad (PBUH). However, the teaching of this discipline in higher education institutions faces several challenges. Key issues include the lack of comprehensive reference materials, confusion between Rasm, Dabt al-Quran, and their connection with Qiraat, as well as the students' weak mastery of the Arabic language. This study aims to identify the main challenges in teaching Rasm al-Quran and to propose strategies for improving teaching effectiveness. The study employs a qualitative methodology by conducting interviews with four lecturers representing the Eastern, Southern, East Malaysia, and Central regions. The findings reveal that weak Arabic proficiency, limited use of technology in the teaching process, and the lack of accessible and easy-to-understand reference materials are the primary obstacles hindering effective learning. Based on these findings, the study recommends enhancing Arabic language instruction, developing more user-friendly reference materials, and expanding the use of technology in the learning process. With the implementation of these strategies, the quality of Rasm al-Quran education is expected to improve, thereby preserving the authenticity of the Quranic text and facilitating deeper understanding for future generations.