PRINSIP KEHADIRAN DALAM CERPEN-CERPEN BERALIRAN REALISME MANA SIKANA
THE PRINCIPLE OF PRESENCE IN MANA SIKANA’S REALISM SHORT STORIES
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.623012Keywords:
Teksdealisme (Textdealism), Pembaharuan (Renewal), Aliran (Flow), Struktur (Structure), Idea (Idea)Abstract
Pengarang yang prolifik dalam berkarya akan sentiasa berusaha untuk membawa pembaharuan untuk mengangkat teks ciptaannya mencapai tahap keunggulan melalui kehadiran pelbagai sumber dan idea. Sebagai seorang penulis yang dilabelkan prolifik di negara ini,Mana Sikana mendedahkan bahawa kehadiran sumber idea yang baharu dan berinovasi sangat penting terutamanya membawa pembaharuan terhadap teks-teks yang dihasilkan.Oleh itu, makalah ini dihasilkan untuk meneliti prinsip kehadiran dalam tiga buah cerpen beraliran realisme oleh Mana Sikana daripada perspektif teori Teksdealisme. Kualiti kepengarangan seorang penulis diukur dengan menggunakan empat prinsip dalam teori Teksdealisme. Hanya satu prinsip, iaitu prinsip kehadiran yang diaplikasikan dalam kajian ini untuk menganalisis cerpen Daun-daun Keramat (1975), Kawan yang Berbudi dan Berduri (1964) dan Petualang Bangsa (1983). Dalam kajian ini, menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu kaedah analisis teks dan kepustakaan. Hasil analisis ketiga-tiga teks mendapati bahawa Mana Sikana sentiasa membuat pembaharuan dan inovasi seiring usaha untuk mewujudkan sumber idea baharu yang pelbagai melalui pengalaman peribadi, isu semasa dan penyelidikan. Melalui penelitian ketiga-tiga teks menunjukkan pembaharuan dari aspek sumber idea, struktur dan aliran. Dari aspek struktur, penciptaannya mengalami perubahan serta mengekalkan struktur tertentu. Aspek aliran turut menunjukkan pembaharuan dalam pembawaan aliran realisme. Impaknya, segala pembaharuan dan pemantapan terhadap setiap teks ciptaannya yang dilakukan dari masa ke masa untuk mencapai tahap keunggulan serta mampu menjadi pemangkin kepada penulis-penulis lain agar sentiasa membawa satu pembaharuan dalam karya yang dihasilkan.
A prolific author will always stive to bring innovation to elevate their created texts to a level of excellence through the presence of various sources and ideas. As a writer labelled as prolific in this country, Mana Sikana reveals that the presence of new and innovative sources of ideas is very important, especially in bringing renewal to the texts produced. Therefore, this paper is produced to examine the principle of presence in three realist short stories by Mana Sikana from the perspective of the Textualism theory. The quality of a writer’s authorship is measured using four principles in the Textdealisme theory. Only one principle, named the principle of presence, was applied in this study to analyze the short stories Daun-daun Keramat (1975), Kawan yang Berbudi dan Berduri (1964) and Petualang Bangsa (1983). In this study, a qualitative design was used, specifically text and literature analysis methods. The analysis of the three texts found that Mana Sikana consistently makes reforms and innovations in line with efforts to create a diverse range of new ideas through personal experiences, current issues and research. Through the examination of the three texts, it shows innovation in terms of sources of ideas, structure and flow. From the structural aspect, its creation has undergone changes while maintaining certain structures. The aspect of style also shows innovation in the portrayal of the realism movement. Its impact is that all the innovations and enhancements made to each of its texts over time aim to achieve a level of excellence and can serve as a catalyst for other writers to continuously bring innovation to their produced works.