KEBOLEHGUNAAN MODUL PENGAJARAN SMART-KQ DI TADIKA ISLAM MENGGUNAKAN TEKNIK KUMPULAN NOMINAL

THE USABILITY OF SMART-KQ TEACHING MODULE IN ISLAMIC KINDERGARTEN USING NOMINAL GROUP TECHNIQUE

Authors

  • Mohd Zaid Ismail Department of Languages&Communications, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Saipolbarin Ramli Department of Languages&Communications, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Abu Hashim Saad Unit of General Study, Kolej Komuniti Tasek Gelugor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.623021

Keywords:

Kebolehgunaan (Usability), Modul Pengajaran (Teaching Module), SMART-KQ (SMART-KQ), Tadika Islam (Islamic Kindergarten), Teknik Kumpulan Norminal (Nominal Group Technique)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehgunaan modul pengajaran SMART-KQ yang dibangunkan untuk pengajaran kosa kata bahasa Arab melalui hafazan al-Quran di peringkat tadika. Modul ini merupakan hasil gabungan tiga model pengajaran: Model Gagne (1985), Model Kurikulum TABA (1962), dan Model Pembinaan Modul Sidek (2005). Metodologi kajian menggunakan Teknik Kumpulan Nominal (NGT) yang diubah suai, melibatkan 23 orang guru Pendidikan Islam sebagai pakar. Data dianalisis menggunakan sistem analisis data NGT Plus. Dapatan menunjukkan kesemua konstruk utama modul mencapai tahap persetujuan yang tinggi (melebihi 70%) di kalangan pakar. Peratusan persetujuan tertinggi dicapai oleh konstruk pemilihan warna (88%) dan pemilihan gambar (86%). Walau bagaimanapun, terdapat cabaran dalam pengajaran perbezaan kata nama dan kata kerja, dengan item berkaitan hanya mencapai 77% persetujuan. Penilaian kebolehgunaan keseluruhan modul melibatkan lapan item yang merangkumi aspek kegunaan, kecekapan, dan kesesuaian, dengan kesemua item mencapai tahap persetujuan melebihi 85%. Kajian ini menunjukkan bahawa modul SMART-KQ mempunyai kebolehgunaan yang tinggi dan berpotensi untuk meningkatkan kualiti pengajaran kosa kata bahasa Arab melalui hafazan al-Quran di peringkat tadika. Implikasi kajian mencadangkan potensi penggunaan modul secara meluas di tadika dan sebagai alat pembangunan profesional guru. Cadangan untuk kajian masa depan termasuk penilaian impak jangka panjang, kajian perbandingan dengan pendekatan tradisional, dan penyelidikan lanjut tentang strategi pengajaran yang berkesan untuk aspek tatabahasa yang mencabar dalam konteks pengajaran bahasa Arab untuk kanak-kanak.

This study aims to evaluate the usability of the SMART-KQ teaching module developed for Arabic vocabulary instruction through Quranic memorization at the kindergarten level. The module is a combination of three teaching models: Gagne's Model (1985), TABA Curriculum Model (1962), and Sidek Module Development Model (2005). The research methodology employed a modified Nominal Group Technique (NGT), involving 23 Islamic Education teachers as experts. Data was analyzed using the NGT Plus data analysis system. Findings showed that all main module constructs achieved high agreement levels (exceeding 70%) among experts. The highest agreement percentages were achieved by the color selection construct (88%) and image selection construct (86%). However, challenges were encountered in teaching the differences between nouns and verbs, with related items achieving only 77% agreement. The overall module usability evaluation involved eight items covering aspects of utility, efficiency, and suitability, with all items achieving agreement levels exceeding 85%. This study demonstrates that the SMART-KQ module has high usability and potential to enhance the quality of Arabic vocabulary teaching through Quranic memorization at the kindergarten level. Research implications suggest the potential for widespread module implementation in kindergartens and as a teacher professional development tool. Recommendations for future research include evaluating long-term impact, comparative studies with traditional approaches, and further research on effective teaching strategies for challenging grammatical aspects in the context of Arabic language teaching for children.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

23-12-2024

How to Cite

Mohd Zaid Ismail, Saipolbarin Ramli, & Abu Hashim Saad. (2024). KEBOLEHGUNAAN MODUL PENGAJARAN SMART-KQ DI TADIKA ISLAM MENGGUNAKAN TEKNIK KUMPULAN NOMINAL: THE USABILITY OF SMART-KQ TEACHING MODULE IN ISLAMIC KINDERGARTEN USING NOMINAL GROUP TECHNIQUE. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(23). https://doi.org/10.35631/IJMOE.623021