MENGANALISIS ELEMEN REKA BENTUK PERMAINAN PEMBELAJARAN BAGI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK SELEPAS PANDEMIK COVID-19

ANALYZING EDUCATIONAL GAME DESIGN ELEMENTS FOR CHILDREN’S SOCIOEMOTIONAL DEVELOPMENT AFTER PANDEMIC COVID-19

Authors

  • Nurasilah Osman Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Nadia Akma Ahmad Zaki Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Tengku Siti Meriam Tengku Wook Pusat Kajian Teknologi & Pengurusan Perisian, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Maizatul Hayati Mohamad Yatim Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Masharah Husain Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Norly Jamil Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.623024

Keywords:

COVID-19 (COVID-19), Kanak-kanak (Children), Permainan Pembelajaran (Educational Games), Prasekolah (Preschool), Reka Bentuk (Design), Sosioemosi (Socioemotional)

Abstract

Pandemik COVID-19 telah membawa perubahan besar dalam kehidupan harian, terutamanya bagi kanak-kanak di seluruh dunia yang terpaksa menyesuaikan diri dengan norma baharu. Selepas pandemik, kanak-kanak mengalami kesan mendalam terutamanya terhadap perkembangan sosial dan kesejahteraan emosional mereka. Bermain merupakan aktiviti yang sangat penting sebagai medium untuk pembelajaran dan juga perkembangan mereka. Permainan pembelajaran yang menggunakan reka bentuk yang bersesuaian dapat membantu menangani masalah sosioemosi ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis elemen reka bentuk permainan pembelajaran yang dapat membantu perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini, melibatkan temu bual separa berstruktur bersama tujuh orang pakar yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Data yang diperolehi pula dianalisis menggunakan teknik Analisis Tematik.  Sebanyak sembilan tema elemen reka bentuk permainan pembelajaran telah dicadangkan oleh pakar iaitu kandungan yang bersesuaian, penglibatan yang aktif, interaktif, motivasi, kurikulum pembelajaran, perkembangan kognitif, perkembangan emosi, perkembangan sosial, dan juga penglibatan ibu bapa. Maka, kajian ini berpotensi bagi membantu pendidik dan pembangun permainan dalam merangka strategi yang efektif bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak secara holistik, sekaligus membantu perkembangan sosioemosi mereka.

The COVID-19 pandemic has brought significant changes to daily life, especially for children worldwide who have had to adapt to new norms. After the pandemic, children experienced profound effects, particularly on their social development and emotional well-being. Play is a crucial activity serving as both a medium for learning and development. Educational games designed with appropriate elements can help address these socioemotional challenges. Therefore, this study aims to analyze the design elements of educational games that can support children's socioemotional development. A qualitative approach is used in this study, involving semi-structured interviews with seven selected experts through purposive sampling. The data obtained were analyzed using thematic analysis techniques. The experts proposed nine themes related to the design elements of educational games, including suitable content, active engagement, interactivity, motivation, curriculum integration, cognitive development, emotional development, social development, and parental involvement. Thus, this study has the potential to assist educators and game developers in formulating effective strategies to enhance children's holistic learning experiences, thereby supporting their socioemotional development.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

23-12-2024

How to Cite

Nurasilah Osman, Nadia Akma Ahmad Zaki, Tengku Siti Meriam Tengku Wook, Maizatul Hayati Mohamad Yatim, Masharah Husain, & Norly Jamil. (2024). MENGANALISIS ELEMEN REKA BENTUK PERMAINAN PEMBELAJARAN BAGI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK SELEPAS PANDEMIK COVID-19: ANALYZING EDUCATIONAL GAME DESIGN ELEMENTS FOR CHILDREN’S SOCIOEMOTIONAL DEVELOPMENT AFTER PANDEMIC COVID-19. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(23). https://doi.org/10.35631/IJMOE.623024