KESAN MODUL PEMBELAJARAN AUGMENTED REALITY AR-MICROC TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
EFFECT OF AR-MICROC AUGMENTED REALITY LEARNING MODULE ON STUDENT ACHIEVEMENT IN MALAYSIAN COMMUNITY COLLEGE
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.623039Keywords:
Augmented Reality (Augmented Reality), Internet of Things (IoT) (Internet of Things (IoT)), Kuasi Eksperimen (Quasi Experiment), Modul Pembelajaran (Learning Module), Pencapaian (Achievement)Abstract
Kemajuan teknologi hari ini dipengaruhi oleh Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), yang mengubah cara hidup dengan teknologi digital seperti Augmented Reality. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan pencapaian pelajar program Sijil Teknologi Maklumat Kolej Komuniti Malaysia terhadap penggunaan Modul Pembelajaran Augmented Reality AR-MicroC sebagai usaha untuk membantu sesi pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah reka bentuk kuasi eksperimental. Sampel kajian terdiri daripada 66 orang pelajar Kolej Komuniti yang dibahagikan kepada dua kumpulan, 32 orang pelajar dalam kumpulan rawatan dan 34 orang pelajar dalam kumpulan kawalan yang dipilih secara persampelan rawak berperingkat. Penilaian dijalankan melalui instrumen ujian pra dan ujian pasca untuk menilai pencapaian pelajar dalam kursus Pengenalan kepada Internet of Things (IoT). Kajian berlangsung selama 5 minggu, meliputi ujian pra, proses pengajaran menggunakan modul bagi kumpulan rawatan, dan kaedah konvensional bagi kumpulan kawalan, serta ujian pasca. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan ujian-t sampel bebas dan ujian-t sampel berpasangan. Dapatan analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa Modul Pembelajaran Augmented Reality AR-MicroC berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Implikasi kajian ini dilihat dari segi praktikal penggunaan Modul Pembelajaran Augmented Reality AR-MicroC sebagai bahan bantu alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Today's technological advancements are influenced by the Fourth Industrial Revolution (IR4.0), which transforms daily life through digital technologies such as Augmented Reality (AR). This study aims to evaluate the impact of the AR-MicroC Augmented Reality Learning Module on the academic performance of students in the Information Technology Certificate Program at Malaysian Community Colleges as an effort to enhance classroom learning sessions. The study adopts a quantitative approach using a quasi-experimental design. The sample consists of 66 Community College students divided into two groups: 32 students in the treatment group and 34 students in the control group, selected through stratified random sampling. Assessments were conducted using pre-tests and post-tests to evaluate the students' performance in the Introduction to the Internet of Things (IoT) course. The study spanned five weeks, encompassing pre-tests, teaching sessions using the module for the treatment group, conventional methods for the control group, and post-tests. The data collected were analyzed using independent t-tests and paired t-tests. The t-test analysis results revealed a significant difference in student performance. The findings demonstrate that the AR-MicroC Augmented Reality Learning Module effectively enhances student performance. The study's implications are practical, highlighting the use of the AR-MicroC Learning Module as an alternative teaching and learning aid.