KERANGKA GARIS PANDUAN MENERUSKAN PEMBELAJARAN MAYA DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
THE GUIDELINES FOR CONTINUING VIRTUAL LEARNING AMONG MALAY LANGUAGE TEACHERS IN MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.724059Keywords:
Pembelajaran Maya (Virtual Learning), Bahasa Melayu (Malay), Nominal Group Technique (NGT) (Nominal Group Technique (NGT), Garis Panduan (Guidelines), Konsensus Pakar (Expert Consensus)Abstract
Kajian ini bertujuan untuk merangka satu kerangka garis panduan bagi meneruskan pembelajaran maya dalam kalangan guru Bahasa Melayu di Malaysia berdasarkan cadangan dan kesepakatan pakar. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan Nominal Group Technique (NGT) yang melibatkan tujuh orang pakar dalam bidang pendidikan yang memiliki pengalaman minimum 10 tahun. Sesi NGT yang dijalankan selama dua jam telah menghasilkan lapan elemen utama garis panduan pembelajaran maya yang dinilai menggunakan perisian NGT-PLUS. Hasil analisis menunjukkan bahawa Sokongan Pembelajaran Berterusan mencatatkan konsensus tertinggi dengan skor sempurna 100% (21/21), diikuti oleh empat elemen - Perancangan Pembelajaran Digital yang Sistematik, Pengintegrasian Multimedia Interaktif, Personalisasi Pembelajaran, dan Pemantauan dan Penambahbaikan - yang masing-masing mencapai konsensus 95.24% (20/21). Penilaian Berterusan Secara Digital dan Integrasi Teknologi Terkini mencatatkan 90.48% (19/21), manakala Penerapan Pembelajaran Kolaboratif Maya mencatat 85.71% (18/21). Kesemua elemen mencapai status "Suitable" dengan skor melebihi nilai ambang 70% yang dicadangkan dalam kajian terdahulu. Dapatan ini menyediakan asas yang kukuh untuk pembangunan dan pelaksanaan strategi pembelajaran digital yang komprehensif dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu di Malaysia. Kajian ini mencadangkan bahawa kesemua lapan elemen yang dikenal pasti adalah sesuai dan penting untuk dilaksanakan, dengan fokus utama diberikan kepada integrasi berkesan antara semua elemen dan pemantauan berterusan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan.
This study aims to formulate a framework for continuing virtual learning among Malay language teachers in Malaysia based on expert suggestions and consensus. The research uses a Nominal Group Technique (NGT) approach involving seven experts in education with a minimum of 10 years of experience. The two-hour NGT session has produced eight key elements of virtual learning guidelines evaluated using NGT-Plus software. The analysis results show that continuous learning support recorded the highest consensus with 100% perfect (21/21), followed by four elements - systematic digital learning planning, interactive multimedia integration, personalization of learning, and monitoring and improvement - each achieving consensus 95.24% (20/21). Digital continuous assessment and the latest technological integration recorded 90.48% (19/21), while the application of virtual collaborative learning accounted for 85.71% (18/21). All elements achieve "suitable" status with scores exceeding the 70% threshold value proposed in previous studies. This finding provides a strong foundation for the development and implementation of comprehensive digital learning strategies in the context of Malay language teaching in Malaysia. This study suggests that all eight identified elements are appropriate and important to implement, with the main focus given to effective integration between all elements and continuous monitoring to ensure the effectiveness of implementation.