ANALISIS DIMENSI PENGURUSAN DALAM NOVEL ANUGERAH KARYA ZAHARAH NAWAWI
ANALYSIS OF MANAGEMENT DIMENSIONS IN THE NOVEL ANUGERAH BY ZAHARAH NAWAWI
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.724073Keywords:
Prinsip Pengurusan (Management Principles), Perancangan (Planning), Tema-Tema (Themes), Kepimpinan (Leadership), Mesyuarat (Meetings)Abstract
Kajian ini meneliti pendekatan terkini dalam bidang kesusasteraan Malaysia yang dikenali sebagai pengurusan dalam kesusasteraan. Novel Anugerah karya Zaharah Nawawi dipilih sebagai sumber kajian kerana menggambarkan budaya dan adat resam Tanah Melayu yang memandang rendah terhadap penglibatan wanita dalam aktiviti sosial dan politik. Watak-watak wanita dalam novel ini ditampilkan sebagai individu cekal dan cerdas yang menghadapi pelbagai cabaran termasuklah konflik keluarga akibat perjuangan mereka. Identifikasi dimensi pengurusan organisasi dalam novel ini dihuraikan berdasarkan Prinsip-Prinsip Pengurusan Fayol (2013). Prinsip-prinsip ini merangkumi empat belas prinsip penting dalam pengurusan organisasi. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dimensi pengurusan organisasi dan untuk mengenal pasti tema-tema bagi dimensi pengurusan organisasi dalam novel Anugerah karya Zaharah Nawawi yang mengandungi 1351 halaman. Beberapa peristiwa terpilih dianalisis untuk menunjukkan penerapan prinsip pengurusan terutamanya dalam aspek perancangan. Peringkat perancangan dalam novel ini melibatkan penetapan objektif, perancangan strategi, pemilihan alternatif dan penilaian pelbagai isu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui tinjauan literatur dan analisis teks. Dapatan kajian membuktikan bahawa penerapan dimensi pengurusan dapat memperkayakan analisis sastera serta menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pengurusan dalam kehidupan. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan sastera lebih relevan, malah menekankan nilai pengurusan dalam membentuk kehidupan yang lebih tersusun.
This study examines the latest approach in the field of Malaysian literature known as management in literature. The novel Anugerah by Zaharah Nawawi was chosen as the source of the study because it depicts the culture and customs of Malaya which look down on women's involvement in social and political activities. The female characters in this novel are presented as resilient and intelligent individuals who face various challenges including family conflicts as a result of their struggles. The identification of the dimensions of organizational management in this novel is explained based on Fayol's Principles of Management (2013). These principles encompass fourteen important principles in organizational management. This study aims to analyze the organizational management dimension and to identify the themes for the organizational management dimension in the novel Anugerah by Zaharah Nawawi which contains 1351 pages. Several selected events are analyzed to show the application of management principles, especially in the planning aspect. The planning stage in this novel involves setting objectives, planning strategies, selecting alternatives and evaluating various issues. This study uses qualitative methods through literature review and text analysis. The study findings prove that the application of the management dimension can enrich literary analysis and make people aware of the importance of management in life. This approach not only makes literature more relevant but also emphasizes the value of management in shaping a more organized life.