PENGGUNAAN T.CUEKARTE SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ASING DALAM KALANGAN GURU BUKAN NATIF

THE USE OF T.CUEKARTE DURING FOREIGN LANGUAGE TEACHING AND LEARNING AMONG NON-NATIVE TEACHERS

Authors

  • Robe’ah Yusuf Pusat kemahiran Bahasa, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim, Perak
  • Fatina Bakar Pusat kemahiran Bahasa, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim, Perak
  • Masni Mansor Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
  • Aida Husni Abdul Hamid Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.724078

Keywords:

Bahan Bantu Mengajar (BBM) (Instructional Aid), Teori Behaviorisme (Behaviourism Theory), Keberkesanan Pengajaran (Teaching Effectiveness,), Pengukuhan Positif (Positive Reinforcement), Komunikasi (Communication)

Abstract

Pengajaran bahasa asing oleh guru bukan natif sering kali menghadapi cabaran seperti kekurangan kelancaran dan perbendaharaan kata yang terhad. Kajian ini bertujuan menilai impak penggunaan T.Cuekarte iaitu Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam bentuk kad imbasan yang dilengkapi dengan Kod Respons Pantas (QR code). Kajian dijalankan dengan melibatkan dua belas guru bukan natif yang mengajar bahasa Jerman dan Sepanyol di beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia. Pengkaji menggunakan pendekatan Teori Behaviorisme yang menekankan kepentingan pengulangan dan pengukuhan positif. Responden menggunakan T.Cuekarte selama tiga bulan dan memberikan maklum balas mengenai keberkesanan alat ini. Menerusi frasa-frasa berulangan ini responden mampu mencapai hasil pembelajaran (learning outcome) yang diharapkan. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa T.Cuekarte bukan sahaja meningkatkan keyakinan guru dalam memberikan arahan tetapi juga membantu mengurangkan kebergantungan kepada terjemahan bahasa ibunda serta melancarkan komunikasi. Semua responden melaporkan peningkatan dalam kelancaran pengajaran dan kejelasan penyampaian arahan. Penemuan ini menunjukkan bahawa T.Cuekarte berpotensi untuk diterapkan secara meluas dalam konteks pengajaran bahasa asing. Kajian ini turut mencadangkan agar T.Cuekarte digunakan bukan hanya untuk bahasa Jerman dan Sepanyol tetapi juga untuk bahasa-bahasa lain kerana reka bentuknya yang mudah dan kos efektif.

 

Foreign language teaching by non-native teachers often faces challenges such as lack of fluency and limited vocabulary. This study aims to evaluate the impact of using T. Cuekarte, an instructional aid in the form of flashcards equipped with Quick Response (QR) codes. The study involved twelve non-native teachers who teach German and Spanish in several Higher Education Institutions (HEIs) in Peninsular Malaysia. The researcher employed the Behaviorism Theory approach, emphasizing the importance of repetition and positive reinforcement. The respondents used T. Cuekarte for three months and provided feedback on the effectiveness of this tool. Through the repetition of these phrases, respondents were able to achieve the expected learning outcomes. The results also indicate that T. Cuekarte not only increased teachers' confidence in giving instructions but also helped reduce their reliance on native language translation and improved communication fluency. All respondents reported improvements in teaching fluency and clarity in delivering instructions. These findings suggest that T. Cuekarte has the potential to be widely adopted in the context of foreign language teaching. This study further recommends that T. Cuekarte be used not only for German and Spanish but also for other languages, given its simple and cost-effective design.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

26-03-2025

How to Cite

Robe’ah Yusuf, Fatina Bakar, Masni Mansor, & Aida Husni Abdul Hamid. (2025). PENGGUNAAN T.CUEKARTE SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ASING DALAM KALANGAN GURU BUKAN NATIF: THE USE OF T.CUEKARTE DURING FOREIGN LANGUAGE TEACHING AND LEARNING AMONG NON-NATIVE TEACHERS. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 7(24). https://doi.org/10.35631/IJMOE.724078