STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB BAGI PELAJAR DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DI UniSHAMS: ANALISIS PENDEKATAN INTERAKTIF DAN TEKNOLOGI
TEACHING AND LEARNING STRATEGIES FOR ARABIC LANGUAGE AMONG DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES STUDENTS AT UniSHAMS: AN ANALYSIS OF INTERACTIVE AND TECHNOLOGICAL APPROACHES
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.724082Keywords:
Diploma Pengajian Islam (Diploma in Islamic Studies), Pengajaran (Teaching), Pembelajaran (Learning), Penguasaan Bahasa Arab (Arabic Language Proficiency), Strategi Interaktif (Interactive Strategies), Teknologi Pendidikan (Educational Technology), UniSHAMS (UniSHAMS)Abstract
Proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar merupakan isu global, khususnya dalam bidang Pengajian Islam di peringkat universiti. Bahasa Arab memainkan peranan penting sebagai bahasa ilmu dan berfungsi sebagai medium pengajaran dalam bidang akademik Pengajian Islam. Beberapa kekangan dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, termasuk ketidakupayaan pelajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab, kekurangan kosa kata dan ketakutan untuk melakukan kesilapan dalam pertuturan. Kekangan ini telah menimbulkan cabaran yang signifikan bagi para pensyarah di UniSHAMS. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Diploma Pengajian Islam di UniSHAMS. Menggunakan pendekatan kualitatif, data dikumpulkan melalui temu bual mendalam bersama pakar bidang dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi interaktif seperti latihan percakapan, simulasi situasi kehidupan sebenar, tugasan berkumpulan, dan permainan bahasa memberikan sumbangan yang signifikan dalam meningkatkan kemahiran bahasa pelajar. Selain itu, integrasi teknologi, termasuk aplikasi pembelajaran bahasa (contohnya, Duolingo, Babbel) dan platform media sosial, dikenal pasti sebagai faktor penting dalam meningkatkan keterlibatan dan motivasi pelajar. Kajian ini membuktikan bahawa gabungan pendekatan interaktif dan teknologi bukan sahaja meningkatkan kefahaman dan kemahiran komunikasi, malah turut memupuk minat yang lebih mendalam dalam penguasaan Bahasa Arab. Sebagai implikasi, kajian ini mencadangkan keperluan kepada kaedah pengajaran yang pelbagai dan dinamik bagi memastikan hasil pembelajaran yang berkesan. Cadangan untuk kajian masa hadapan adalah meneroka kaedah kuantitatif bagi menilai impak jangka panjang terhadap strategi yang digunakan.
The teaching and learning process of the Arabic language among students is a global concern, particularly in the field of Islamic Studies at the university level. Arabic has played a crucial role as the language of knowledge and serves as the medium of instruction in the academic domain of Islamic Studies. Several constraints are encountered during the teaching and learning process, including students’ inability to communicate in Arabic, limited vocabulary, and fear of making errors in speech. These constraints have posed significant challenges for UniSHAMS lecturers. Therefore, this study was conducted to explore effective teaching and learning strategies to enhance Arabic language proficiency among Diploma in Islamic Studies students at UniSHAMS. Utilizing a qualitative approach, data were collected through in-depth interviews with subject matter experts and analysed thematically. The findings reveal that interactive strategies such as conversational practice, real-life situation simulations, group assignments and language games significantly contribute to improving students’ language skills. Additionally, the integration of technology, including language learning applications (e.g., Duolingo, Babbel) and social media platforms, was identified as a crucial factor in fostering engagement and motivation. The study highlights that a combination of interactive and technological approaches not only enhances comprehension and communication skills but also cultivates a deeper interest in mastering Arabic. The implications of this study suggest the need for diverse and dynamic teaching methods to ensure effective learning outcomes. Recommendations for future research include exploring quantitative methods to assess the long-term impact of these strategies.