APLIKASI KAEDAH INTERPRETIVE STRUCTRAL MODELLING UNTUK PEMBANGUNAN MODEL KEMAHIRAN VISUALISASI MATA PELAJARAN GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL
APPLICATION OF INTERPRETIVE STRUCTURAL MODELLING METHOD FOR DEVELOPMENT OF VISUALIZATION SKILLS MODULE FOR TECHNICAL COMMUNICATION GRAPHICS SUBJECT
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.727005Keywords:
Nominal Group Technique, Interpretive Structural Modelling, Kemahiran Visualisasi (Visualization Skills), Grafik Komunikasi Teknikal (Technical Communication Graphics), TVETAbstract
Kemahiran visualisasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran mata pelajaran Grafik Komunikasi Teknikal (GKT), khususnya dalam konteks Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Walau bagaimanapun, kajian lepas menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar masih menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran ini, terutamanya dalam menafsir, memanipulasi, dan mengaplikasikan objek dua dimensi kepada bentuk tiga dimensi. Kekangan ini memberi kesan terhadap keberkesanan pengajaran dan pencapaian pelajar dalam bidang teknikal. Justeru, kajian ini dijalankan untuk membangunkan model kemahiran visualisasi yang lebih sistematik dan berstruktur bagi mata pelajaran GKT. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan gabungan Nominal Group Technique (NGT) dan Interpretive Structural Modelling (ISM). NGT digunakan untuk mengenal pasti elemen-elemen utama yang menyumbang kepada peningkatan kemahiran visualisasi melalui konsensus pakar, manakala ISM diaplikasikan untuk membentuk model hierarki dengan mengintegrasikan hubungan antara elemen-elemen tersebut. Seramai 7 orang pakar dalam bidang pendidikan teknikal dan GKT telah terlibat, dan tujuh (7) elemen utama berjaya dikenal pasti serta dipetakan menggunakan perisian ISM. Hasil analisis menunjukkan bahawa elemen-elemen tersebut mempunyai hubungan hierarki yang berbeza dan boleh diagihkan kepada dua kuadran utama berdasarkan tahap kebergantungan dan kekuatan pemacu dalam pembangunan kemahiran visualisasi. Model yang dibangunkan ini memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kepentingan relatif setiap elemen, sekali gus menjadi panduan kepada pendidik dalam merancang strategi PdP yang lebih berkesan. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu meningkatkan penguasaan visualisasi teknikal pelajar serta menyumbang kepada pengukuhan kurikulum GKT dan inovasi dalam TVET secara keseluruhannya.
Visualization skills play an important role in learning the subject of Technical Communication Graphics (GKT), especially in the context of Technical and Vocational Education and Training (TVET). However, previous studies have shown that most students still face difficulties in mastering this skill, especially in interpreting, manipulating, and applying two-dimensional objects to three-dimensional forms. This constraint affects the effectiveness of teaching and student achievement in the technical field. Therefore, this study was conducted to develop a more systematic and structured visualization skills model for the GKT subject. In terms of methodology, this study used a combination of Nominal Group Technique (NGT) and Interpretive Structural Modeling (ISM). NGT was used to identify the main elements that contribute to the improvement of visualization skills through expert consensus, while ISM was applied to form a hierarchical model by integrating the relationships between these elements. A total of 7 experts in the fields of technical education and GKT were involved, and seven (7) main elements were successfully identified and mapped using ISM software. The results of the analysis show that these elements have different hierarchical relationships and can be divided into two main quadrants based on the level of dependency and driving force in the development of visualization skills. This developed model provides a clearer picture of the relative importance of each element, thus serving as a guide for educators in planning more effective PdP strategies. The findings of this study are hoped to help improve students' mastery of technical visualization and contribute to strengthening the GKT curriculum and innovation in TVET as a whole.