CABARAN DAN STRATEGI PEMERKASAAN PENDOKUMENTASIAN E-GAYAD MABALUT GLOSARI DI BEAUFORT, SABAH

CHALLENGES AND EMPOWERMENT STRATEGIES FOR THE DOCUMENTATION OF THE E-GAYAD MABALUT GLOSSARY IN BEAUFORT, SABAH

Authors

  • Norcikeyonn Samuni Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan, Malaysia
  • Suhailah Abdul Muin Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mohd Nor Azan Abdullah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.727012

Keywords:

E-Gayad Mabalut Glosari (E-Gayad Mabalut Glossary), Penglibatan Komuniti (Community Engagement), Pendokumentasian Bahasa (Language Documentation), Cabaran dan Strategi Pemerkasaan (Challenges and Empowerment Strategies), Beaufort, Sabah

Abstract

Pendokumentasian bahasa merupakan langkah penting dalam memelihara warisan linguistik etnik, terutamanya bagi bahasa yang semakin terpinggir seperti bahasa Bisaya di Beaufort, Sabah. Bahasa bukan sahaja alat komunikasi, tetapi juga cerminan identiti, nilai, dan budaya sesuatu komuniti. Walaupun bahasa Bisaya masih digunakan dalam kalangan masyarakat setempat, cabaran seperti perubahan sosial, dominasi bahasa arus perdana, dan kemajuan teknologi memberi tekanan terhadap kesinambungannya, terutama dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, E-Gayad Mabalut Glosari diperkenalkan sebagai inisiatif pendokumentasian digital yang melibatkan penyertaan aktif komuniti Bisaya, bertujuan memudahkan penggunaan bahasa secara interaktif oleh generasi muda. Projek ini menumpukan bukan sahaja kepada pengumpulan kosa kata, tetapi juga pemerkasaan komuniti dalam mengenal pasti, mengesahkan, dan memperkayakan kandungan glosari berdasarkan konteks sebenar penggunaan. Kajian ini berbentuk kertas konsep yang mengkaji tiga tema utama: dokumentasi bahasa, penglibatan komuniti, dan aplikasi teknologi dalam pemeliharaan bahasa etnik. Artikel ini turut meneliti cabaran seperti kekurangan bahan bertulis, kesukaran mengekalkan ketepatan makna, dan keterbatasan akses teknologi di kawasan luar bandar. Di samping itu, strategi pemerkasaan seperti penggunaan platform digital mesra pengguna, sokongan institusi akademik, latihan komuniti, dan pemupukan kesedaran awam terhadap kepentingan bahasa ibunda dibincangkan sebagai cara mengatasi halangan tersebut. Secara keseluruhannya, E-Gayad Mabalut Glosari bukan sahaja menyumbang kepada pemuliharaan bahasa Bisaya, malah berfungsi sebagai model strategik dalam pendigitalan dokumentasi bahasa berasaskan komuniti. Melalui pendekatan inklusif dan kolaboratif, projek ini menjadi simbol pemerkasaan identiti dan warisan budaya masyarakat Bisaya di Sabah.

Language documentation is a crucial step in preserving the linguistic heritage of ethnic groups, especially for endangered languages such as Bisaya in Beaufort, Sabah. Language is not only a means of communication but also a reflection of a community’s identity, values, and culture. Although Bisaya is still spoken within the local community, challenges such as social changes, dominance of mainstream languages, and technological advancements threaten its continuity, particularly among younger generations. Therefore, the E-Gayad Mabalut Glossary was introduced as a digital documentation initiative involving active participation from the Bisaya community, aiming to facilitate easier and more interactive use of the language by the youth. This project focuses not only on vocabulary collection but also on empowering the community to identify, verify, and enrich the glossary content based on real-life usage contexts. This study takes the form of a concept paper that explores three main themes: language documentation, community involvement, and the application of technology in ethnic language preservation. It also examines key challenges such as the lack of written materials, difficulties in maintaining semantic accuracy, and limited access to technology in rural areas. Additionally, empowerment strategies such as user-friendly digital platforms, academic institutional support, community training, and raising public awareness of the importance of mother tongue are discussed as ways to overcome these obstacles. Overall, the E-Gayad Mabalut Glossary not only contributes to the preservation of the Bisaya language but also serves as a strategic model for community-based digital language documentation. Through an inclusive and collaborative approach, this project symbolizes the empowerment of the identity and cultural heritage of the Bisaya community in Sabah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

27-09-2025

How to Cite

Samuni, N., Abdul Muin, S., & Abdullah, M. N. A. (2025). CABARAN DAN STRATEGI PEMERKASAAN PENDOKUMENTASIAN E-GAYAD MABALUT GLOSARI DI BEAUFORT, SABAH: CHALLENGES AND EMPOWERMENT STRATEGIES FOR THE DOCUMENTATION OF THE E-GAYAD MABALUT GLOSSARY IN BEAUFORT, SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 7(27). https://doi.org/10.35631/IJMOE.727012