TRANSFORMASI PENDIDIKAN DIGITAL MALAYSIA DALAM MENANGANI CABARAN PASCA PANDEMIK

MALAYSIA'S DIGITAL EDUCATION TRANSFORMATION IN ADDRESSING POST-PANDEMIC CHALLENGES

Authors

  • Muhammad Zaidi Asyrafi Muhammad Zaki Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Intan Farahana Kamsin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.727021

Keywords:

Transformasi Pendidikan Digital (Digital Education Transformation), Pasca Pandemik (Post-Pandemic), Cabaran Pendidikan (Educational Challenges), Literasi Digital (Digital Literacy), Kesalinghubungan (Connectivity)

Abstract

Artikel ini membincangkan peluang dan rintangan dalam proses transformasi pendidikan ke arah digital di Malaysia selepas pandemik COVID-19. Walaupun potensi besar yang ditawarkan oleh pembelajaran digital, sistem pendidikan negara masih berdepan dengan pelbagai cabaran kritikal, termasuklah perbezaan ketara dalam infrastruktur digital, masalah capaian internet, serta tahap literasi digital yang tidak seragam dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar. Kajian ini menganalisis inisiatif-inisiatif digital semasa dan mengenal pasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan perubahan pelaksanaan inisiatif digital. Penemuan utama menekankan kepentingan pendekatan menyeluruh yang merangkumi peningkatan prasarana digital, pembangunan keupayaan guru, pembentukan kurikulum yang relevan, dan penglibatan aktif komuniti bagi memastikan pembelajaran digital yang inklusif dan berkesan. Penyelidikan lanjutan adalah penting untuk menilai kesan jangka panjang inisiatif digital ini dan merangka strategi optimum untuk membina ekosistem pembelajaran digital yang mampan. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi panduan berharga kepada pembentuk dasar pendidikan dan pihak berkepentingan dalam merancang strategi yang lebih kukuh untuk mempercepat transformasi pendidikan digital dan mengurangkan jurang digital di seluruh negara.

This article discusses the opportunities and challenges in the process of transforming education towards digitalization in Malaysia after the COVID-19 pandemic. Despite the vast potential offered by digital learning, the national education system continues to face several critical challenges, including significant disparities in digital infrastructure, internet access issues, and inconsistent levels of digital literacy among students and educators. This study analyzes current digital initiatives and identifies key factors that influence the success and effectiveness of implementing digital transformation efforts. The main findings emphasize the importance of a comprehensive approach that includes improving digital infrastructure, enhancing teacher capabilities, developing relevant curricula, and encouraging active community involvement to ensure inclusive and effective digital learning. Further research is essential to assess the long-term impact of these digital initiatives and to formulate optimal strategies for building a sustainable digital learning ecosystem. The findings of this study are expected to provide valuable guidance to education policymakers and stakeholders in planning stronger strategies to accelerate digital education transformation and reduce the digital divide across the country.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-09-2025

How to Cite

Zaki, M. Z. A. M., & Kamsin, I. F. (2025). TRANSFORMASI PENDIDIKAN DIGITAL MALAYSIA DALAM MENANGANI CABARAN PASCA PANDEMIK: MALAYSIA’S DIGITAL EDUCATION TRANSFORMATION IN ADDRESSING POST-PANDEMIC CHALLENGES. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 7(27). https://doi.org/10.35631/IJMOE.727021