FAKTOR RISIKO PENGGUNA MOTOSIKAL DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA: TINJAUAN LITERATUR BERSISTEMATIK MOBILITI BELIA SELAMAT
RISK FACTORS AMONG SCHOOL STUDENT MOTORCYCLISTS IN MALAYSIA: A SYSTEMATIC REVIEW FOR SAFER YOUTH MOBILITY
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.727023Keywords:
Faktor Risiko (Risk Factors), Keselamatan Jalan Raya ( Road Safety), Pengguna Motosikal (Motorcyclists), Pelajar Sekolah (School Students), Mobiliti Belia Selamat ( Safe Youth Mobility)Abstract
Pelajar sekolah di Malaysia, khususnya pengguna motosikal, terdedah kepada risiko keselamatan jalan raya yang dipacu oleh faktor individu, persekitaran dan sistem. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis faktor-faktor risiko, termasuk tingkah laku berbahaya pengguna motosikal dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Kaedah tinjauan literatur bersistematik berasaskan protokol Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) digunakan, melibatkan 20 artikel yang dinilai menggunakan Mixed Methods Appraisal Tool (MMAT). Dapatan kajian mengenal pasti empat tema utama yang menjadi faktor kepada kemalangan jalan raya dalam kalangan pelajar sekolah iaitu: i) pendedahan risiko ii) mod pengangkutan selamat, iii) kadar kemalangan, dan iv) tahap kecederaan. Hasil tinjauan ini memberikan gambaran menyeluruh tentang dimensi risiko yang dihadapi oleh pelajar sekolah, terutamanya pengguna motosikal muda. Kajian ini mencadangkan penguatkuasaan peraturan trafik yang lebih ketat, peningkatan pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar, serta penambahbaikan infrastruktur jalan raya sebagai langkah strategik untuk mengurangkan risiko kemalangan. Penemuan ini menjadi asas penting ke arah pembangunan strategi mobiliti belia selamat yang bukan sahaja menumpukan kepada pengurangan kemalangan, tetapi juga menyokong akses pendidikan yang lebih selamat, mampan, dan inklusif untuk golongan pelajar sekolah di Malaysia sejajar dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022-2030 yang menyasarkan pengurangan 50 peratus kematian akibat nahas jalan raya menjelang tahun 2030.
School students in Malaysia, particularly those who ride motorcycles, encounter many obstacles during their daily journey to school, which are contributed by individual, environmental, and system factors. This study aims to identify and analyze the risk factors, including unsafe riding behaviors, among school student motorcyclists in Malaysia. This study systematically reviewed 20 academic articles following the Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) protocol and rigorously assessed them using the Mixed Methods Appraisal Tool (MMAT). The findings discover four groups of themes that become the factors that contribute to road accidents among school students, which are: i) risk exposure, ii) safer mode of transportation, iii) accident rate, and iv) injury severity. These findings offer a deeper understanding of the risks faced by school student motorcyclists. The study recommends stricter enforcement of traffic regulations, enhanced road safety education among students, and improved road infrastructure as strategic measures to reduce accident risks. These findings are instrumental in developing a safer youth mobility strategy that addresses accident reduction and promotes more sustainable and inclusive access to education for school students in Malaysia. These findings align with the Malaysian Road Safety Plan 2022-2030, which targets a 50 percent reduction in road traffic fatalities by 2030.