STRATEGI PERANCANGAN KEUSAHAWANAN DALAM KARYA TERPILIH SHAHNON AHMAD

ENTREPRENEURSHIP PLANNING STRATEGIES SELECTED WORKS IN SHAHNON AHMAD

Authors

  • Azhar Hj Wahid Faculty of Management and Economics, Sultan Idris Education University, Malaysia
  • Rudy Kurniawan Usman Faculty of Languages and Communication, Sultan Idris Education University, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.727028

Keywords:

Pengurusan (Management), Kepimpinan (Leadership), Keusahawanan (Entrepreneurship), Kemiskinan (Poverty), Organisasi (Organization)

Abstract

Keupayaan pengurusan perancangan dalam memimpin organisasi telah diterima sebagai faktor penting yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Malah, perancangan merupakan keperluan asas dalam membina kekuatan organisasi, terutamanya dalam merancang hala tuju untuk mencapai matlamat bersama secara cemerlang. Kajian ini meneliti bentuk atau dasar pengurusan perancangan dalam kalangan usahawan masyarakat tani serta penduduk kampung seperti yang digambarkan dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ) dan Srengenge. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti sikap pengurusan perancangan dalam kalangan masyarakat tani dan penduduk kampung yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut. Penelitian dilakukan melalui analisis elemen pengurusan perancangan dalam Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ) dan Srengenge, yang dikaitkan dengan aktiviti keusahawanan tani dalam masyarakat Melayu serta kehidupan penduduk kampung yang dibelenggu kemiskinan dan kejahilan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa elemen dasar dan sifat kepimpinan yang terbentuk dalam diri pemimpin masyarakat, yang menunjukkan keupayaan tersendiri dalam usaha menjayakan keusahawanan tani masyarakat Melayu tradisional dan meningkatkan taraf hidup penduduk kampung. Implikasinya, pengurusan kepimpinan Melayu, khususnya berkaitan dengan keusahawanan yang ditonjolkan oleh pengarang dalam Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ) dan Srengenge, lebih bersifat kritikal dan seharusnya dapat mencerminkan corak kepimpinan yang relevan untuk pemimpin pada masa kini.

The ability of planning management in leading an organization has been accepted as an important factor that determines the success or failure of an organization. In fact, planning is a basic requirement in building organizational strength, especially in planning the direction to achieve common goals with excellence. This study examines the form or policy of planning management among farmers and villagers as depicted in the novels Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ) and Srengenge. In addition, this study also identifies the attitude of planning management among farmers and villagers found in both novels. The research was conducted through an analysis of planning management elements in Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ) and Srengenge, which are associated with agricultural entrepreneurial activities in the Malay community and the lives of villagers who are plagued by poverty and ignorance. The study findings show that there are several basic elements and leadership qualities that are formed in community leaders, which show their own ability in efforts to make traditional Malay agricultural entrepreneurship a success and improve the living standards of villagers. The implication is that Malay leadership management, especially in relation to entrepreneurship highlighted by the author in Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ) and Srengenge, is more critical and should be able to reflect leadership patterns that are relevant for leaders today.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

13-10-2025

How to Cite

Hj Wahid, A., & Usman, R. K. (2025). STRATEGI PERANCANGAN KEUSAHAWANAN DALAM KARYA TERPILIH SHAHNON AHMAD: ENTREPRENEURSHIP PLANNING STRATEGIES SELECTED WORKS IN SHAHNON AHMAD . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 7(27). https://doi.org/10.35631/IJMOE.727028