PEMBINAAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN KOMPETENSI GURU DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
DEVELOPMENT AND VALIDATION OF A TEACHER COMPETENCY INSTRUMENT IN THE IMPLEMENTATION OF CLASSROOM-BASED ASSESSMENT FOR THE MALAY LANGUAGE SUBJECT
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.727033Keywords:
Kompetensi Guru (Teacher Competency), Pentaksiran Bilik Darjah (Classroom-Based Assessment), Bahasa Melayu (Malay Language), Model Rasch (Rasch Model), Pembinaan Instrumen (Instrument Development)Abstract
Kajian ini bertujuan membina dan mengesahkan instrumen bagi mengukur tahap kompetensi guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Walaupun PBD telah menjadi dasar penting dalam sistem pendidikan, kajian lepas tentang pelaksanaannya dalam konteks mata pelajaran Bahasa Melayu masih terhad. Selain itu, kajian tentang kompetensi guru dalam melaksanakan PBD juga belum banyak diterokai secara menyeluruh. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan model pembinaan instrumen Wilson (2004) yang dikenali sebagai four building blocks. Instrumen awal telah dinilai oleh lima orang pakar bagi memastikan kesahan kandungan, manakala Model Pengukuran Rasch pelbagai faset digunakan untuk mendapatkan bukti empirikal. Kajian rintis dijalankan melibatkan 120 guru, manakala kajian lapangan melibatkan 172 guru. Hasil analisis menunjukkan instrumen akhir mengandungi 34 item yang memenuhi ciri unidimensi dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Instrumen yang dinamakan sebagai IKGPBD BM ini mempunyai implikasi praktikal yang penting. Instrumen ini boleh digunakan oleh guru sebagai alat penilaian kendiri untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kompetensi mereka dalam pelaksanaan PBD bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Pentadbir sekolah serta pegawai pendidikan di peringkat daerah dan negeri pula dapat memanfaatkannya untuk merancang program pembangunan profesional yang lebih bersasar. Selain itu, dapatan kajian ini juga boleh dijadikan rujukan oleh institusi latihan guru dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha memperkukuh dasar dan latihan berkaitan pelaksanaan PBD.Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada pengukuhan amalan pentaksiran bilik darjah dalam konteks mata pelajaran Bahasa Melayu serta menyediakan asas yang kukuh untuk penambahbaikan latihan guru dan dasar pendidikan negara.
This This study aims to develop and validate an instrument to measure teachers’ competency in implementing Classroom-Based Assessment (PBD) for the Malay Language subject in primary schools within the Federal Territory of Kuala Lumpur. Although PBD has become an important policy in the education system, previous studies in the context of the Malay Language remain limited. Moreover, teachers’ competency in implementing PBD has not been extensively explored. The study employed a quantitative approach based on Wilson’s (2004) instrument development model, known as the four building blocks. The initial instrument was evaluated by five experts to ensure content validity, while the Multifaceted Rasch Measurement Model was applied to obtain empirical evidence. A pilot study involving 120 teachers was conducted, followed by a field study with 172 teachers. The findings showed that the final instrument consists of 34 items, which demonstrated unidimensionality and high reliability. The instrument, named IKGPBD BM, carries significant practical implications. It can serve as a self-assessment tool for teachers to identify their strengths and weaknesses in implementing PBD for the Malay Language subject. School administrators and education officers at the district and state levels may also use it to design more targeted professional development programs. In addition, the findings of this study can inform teacher training institutions and the Ministry of Education in strengthening policies and training related to PBD implementation. Overall, this study contributes to the enhancement of classroom-based assessment practices in the Malay Language subject and provides a solid foundation for improving teacher training and education policy.
