PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DAN KBAT: PERSEPSI, PENILAIAN DAN KOMPETENSI PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT

PROJECT-BASED LEARNING AND HOTS: PERCEPTIONS, EVALUATIONS AND COMPETENCIES OF GIFTED AND TALENTED STUDENTS

Authors

  • Norshahirah Mohamed Paid Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Faizatul Akmal Rahim Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Saidatul Assila Mohd Esa Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nurul Syuhada Shuib Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.728026

Keywords:

Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-Based Learning), KBAT (HOTS), Pelajar Pintar dan Berbakat (Gifted and Talented Students)

Abstract

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan teras penting dalam pendidikan abad ke-21, selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menekankan pembentukan pelajar yang kritis, kreatif dan inovatif. Bagi pelajar pintar dan berbakat (PPB), penerapan KBAT memerlukan strategi pedagogi yang dapat mencabar keupayaan kognitif mereka. Pembelajaran berasaskan projek (PBL) dilihat sebagai pendekatan yang menyokong pembangunan kemahiran ini melalui pengalaman pembelajaran yang autentik dan berpusatkan pelajar. Kajian ini bertujuan meninjau tahap persepsi, penilaian dan kompetensi PPB terhadap PBL dalam meningkatkan KBAT. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik yang diadaptasi dari kajian terdahulu. Seramai 49 orang pelajar Asas 3 aliran Digital Innovator Programme (DIP), sesi akademik 2025, di Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia dipilih sebagai responden. Data dianalisis menggunakan skor min, sisihan piawai, dan ujian-t bebas bagi mengenal pasti tahap penguasaan serta perbezaan berdasarkan jantina. Hasil kajian mendapati persepsi dan penilaian PPB terhadap PBL berada pada tahap tinggi, khususnya dari segi interaksi, kerjasama kumpulan dan pemahaman konsep. Kompetensi KBAT pelajar pintar dan berbakat juga berada pada tahap tinggi, terutama dalam kebolehan mentafsir maklumat, menilai masalah serta menghubungkaitkan pembelajaran dengan kehidupan sebenar. Analisis inferensi mendapati tiada perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan, walaupun purata skor pelajar perempuan sedikit lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa kaedah pembelajaran berasaskan projek dapat memupuk kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat, sekali gus menyokong pembangunan potensi kognitif dan kemahiran abad ke-21.  

In pursuit of cultivating critical, creative and innovative learners as envisioned in the Malaysia Education Blueprint (PPPM) 2013-2025, Higher-Order Thinking Skills (HOTS) are deemed pivotal in modern education. For gifted and talented students (GTS), developing these skills requires pedagogical strategies that extend their cognitive capacity. Project-Based Learning (PBL), with its emphasis on authentic and student-centred experiences, is acknowledged as an effective approach for fostering such skills. This study therefore investigates gifted and talented students’ perceptions, evaluations and competencies regarding Project-Based Learning as a means of enhancing Higher-Order Thinking Skills. A quantitative survey design was employed, using questionnaires adapted from previous studies.  The sample comprised 49 students enrolled in the Digital Innovator Programme (DIP) at Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia.  Data were analyzed using mean scores, standard deviations, and independent t-test to determine mastery levels and gender- based differences. The findings indicated that GTS perceptions and evaluations of PBL were high, particularly in relation to interaction, teamwork, and conceptual understanding. Their HOTS competencies were also high, with notable strengths in interpreting information, assessing problems, and applying learning to real-life contexts. Inferential analysis revealed no significant differences between gender, although female students recorded higher mean score than male. Overall, the study confirms that project-based learning is effective in enhancing HOTS among gifted and talented students, thereby contributing to both cognitive development and the acquisition of 21st-century skill sets.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

04-12-2025

How to Cite

Paid, N. M., Rahim, F. A., Esa, S. A. M., & Shuib, N. S. (2025). PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DAN KBAT: PERSEPSI, PENILAIAN DAN KOMPETENSI PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT: PROJECT-BASED LEARNING AND HOTS: PERCEPTIONS, EVALUATIONS AND COMPETENCIES OF GIFTED AND TALENTED STUDENTS. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 7(28), 334–353. https://doi.org/10.35631/IJMOE.728026