PEMBANGUNAN E-SCRAMICA UNTUK MENAMBAH BAIK KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH DALAM PENGATURCARAAN SEKOLAH RENDAH: SATU PENILAIAN PAKAR

DEVELOPMENT OF E-SCRAMICA TO ENHANCE PROBLEM-SOLVING SKILLS IN PRIMARY SCHOOL PROGRAMMING: AN EXPERT EVALUATION

Authors

  • Rafiedah Ahmad Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Nurulwahida Azid Universiti Utara Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.728066

Keywords:

Pengaturcaraan (Programming), Penyelesaian Masalah (Problem-Solving), Pembelajaran Berasaskan Permainan (Game-Based Learning), Reka Bentuk Berpusatkan Masalah (Problem-Centered Design), Konstruktivisme (Constructivism)

Abstract

Kemahiran penyelesaian masalah yang menjadi asas kepada pemikiran komputasional sering dikenal pasti sebagai punca utama kesukaran dalam pembelajaran pengaturcaraan dalam kalangan murid sekolah rendah. Kekurangan kemahiran ini menyebabkan murid menghadapi cabaran untuk memahami logik pengaturcaraan serta menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kajian ini mencadangkan pembangunan e-Scramica, iaitu satu platform pembelajaran berasaskan permainan yang bertujuan membantu murid meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan. Reka bentuk e-Scramica diselaraskan dengan Model Penyelarasan Konstruktif Biggs bagi memastikan kesepaduan antara hasil pembelajaran, kandungan, aktiviti, dan penilaian. Selain itu, Model ADDIE digunakan sebagai pendekatan reka bentuk bagi membangunkan e-Scramica secara sistematik dengan mengaplikasikan model kurikulum berasaskan masalah. Penilaian pakar melibatkan panel daripada pelbagai bidang kepakaran yang menilai aspek kesahan kandungan, reka bentuk antara muka, strategi pembelajaran, dan keberkesanan e-Scramica melalui borang soal selidik berstruktur. Dapatan kajian literatur turut menunjukkan bahawa penerapan model kurikulum berasaskan masalah dapat meningkatkan kefahaman murid dalam pembelajaran pengaturcaraan. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan reka bentuk instruksional yang lebih berkesan melalui integrasi visualisasi interaktif, elemen gamifikasi, dan pembelajaran kolaboratif dalam e-Scramica, sekali gus membantu murid mengatasi kesukaran dalam pengaturcaraan.

Problem-solving skills, which form the foundation of computational thinking, are often identified as a major source of difficulty in learning programming among primary school students. The lack of these skills makes it challenging for students to understand programming logic and complete assigned tasks effectively. This study proposes the development of e-Scramica, a game-based learning platform designed to help students enhance their problem-solving skills in programming. The design of e-Scramica is aligned with Biggs’ Constructive Alignment Model to ensure coherence between learning outcomes, content, activities, and assessment. In addition, the ADDIE model was employed as a systematic design approach in developing e-Scramica, applying a problem-based curriculum model. Expert evaluation involved panels from various fields who assessed the content validity, interface design, learning strategies, and effectiveness of e-Scramica through a structured questionnaire. Findings from the literature review also indicate that the integration of a problem-based curriculum model can enhance students’ understanding of programming concepts. Overall, the outcomes of this study are expected to contribute to the development of more effective instructional design through the integration of interactive visualization, gamification elements, and collaborative learning within e-Scramica, thereby helping students overcome challenges in programming.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

22-12-2025

How to Cite

Ahmad , R., & Azid , N. (2025). PEMBANGUNAN E-SCRAMICA UNTUK MENAMBAH BAIK KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH DALAM PENGATURCARAAN SEKOLAH RENDAH: SATU PENILAIAN PAKAR: DEVELOPMENT OF E-SCRAMICA TO ENHANCE PROBLEM-SOLVING SKILLS IN PRIMARY SCHOOL PROGRAMMING: AN EXPERT EVALUATION. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 7(28), 955–978. https://doi.org/10.35631/IJMOE.728066