INTEGRASI LAMAN WEB E-FIQHUNA DALAM PEMBELAJARAN FIQH : SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF SEKOLAH MENENGAH

INTEGRATION OF THE E-FIQHUNA WEBSITE IN FIQH LEARNING: A STUDY ON THE EFFECTIVENESS OF INTERACTIVE LEARNING IN SECONDARY SCHOOLS

Authors

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.829032

Keywords:

E-Fiqhuna, Gamifikasi (Gamification), Pembelajaran Digital (Digital Learning), Pembelajaran Interaktif (Interactive Learning), Pendidikan Islam (Islamic Education)

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) Fiqah di sekolah menengah masih banyak bergantung kepada kaedah tradisional yang berpusatkan guru, menyebabkan tahap kefahaman, motivasi dan penglibatan pelajar berada pada tahap sederhana, khususnya bagi topik yang bersifat aplikatif seperti haji, sembelihan, korban dan aqiqah. Kekurangan bahan pembelajaran digital yang menyeluruh dan interaktif selaras dengan keperluan Pembelajaran Abad ke-21 menuntut penilaian terhadap platform alternatif yang lebih berkesan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian campuran yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif bagi menilai keberkesanan platform digital E-Fiqhuna sebagai bahan pembelajaran interaktif Fiqah Tingkatan 4. Data kuantitatif diperoleh melalui ujian pra dan pasca serta soal selidik skala Likert, manakala data kualitatif dikumpulkan melalui maklum balas terbuka responden. Seramai 219 orang responden terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam kefahaman pelajar selepas penggunaan E-Fiqhuna, antaranya peningkatan peratus jawapan betul bagi konsep wuquf di Arafah daripada 44.7% kepada 56.2%, haji tamattu‘ daripada 48.4% kepada 58.0%, serta hukum korban yang mencatat peningkatan tertinggi daripada 32.9% kepada 52.5%. Selain itu, lebih 80% responden menyatakan bahawa penggunaan video, nota interaktif dan elemen gamifikasi meningkatkan motivasi dan kefahaman pembelajaran, manakala 100% responden bersetuju bahawa platform ini mudah diakses dan mesra pengguna. Kesimpulannya, platform digital E-Fiqhuna terbukti berkesan dalam meningkatkan kefahaman, minat dan penglibatan pelajar serta berpotensi menjadi bahan pembelajaran digital komprehensif yang menyokong PdP Fiqah secara lebih interaktif dan bermakna.

The teaching and learning of Fiqh in secondary schools remain largely reliant on traditional teacher-centred approaches, resulting in moderate levels of understanding, motivation and engagement, particularly for application-based topics such as Hajj, slaughtering, sacrifice and aqiqah. The limited availability of comprehensive and interactive digital learning materials aligned with 21st-century education highlights the need to evaluate more effective alternative platforms. This study employed a mixed-methods research design, integrating quantitative and qualitative approaches to examine the effectiveness of the E-Fiqhuna digital platform as an interactive learning tool for Form Four Fiqh. Quantitative data was collected through pre- and post-tests and Likert-scale questionnaires, while qualitative data were obtained from respondents’ open-ended feedback. A total of 219 respondents participated in the study. The findings revealed notable improvements in students’ understanding following the use of E-Fiqhuna, including an increase in correct responses for the concept of wuquf in Arafah from 44.7% to 56.2%, Hajj Tamattu‘from 48.4% to 58.0%, and Islamic rulings on sacrifice, which recorded the highest improvement from 32.9% to 52.5%. In addition, over 80% of respondents reported enhanced motivation and understanding through interactive videos, digital notes and gamified activities, while 100% of respondents agreed that the platform was easy to access and user-friendly. In conclusion, E-Fiqhuna has been shown to be an effective and accessible digital learning platform that enhances students’ understanding, motivation and engagement, and holds strong potential as a comprehensive instructional support for interactive Fiqh learning in secondary education.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Shindki Mat Yusoff et al. (2024). Penggunaan Penengah dalam Skala Likert: Kajian Retrospektif Maklum Balas Kepuasan Pelanggan IPG. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Azman, N. A., Hamzah, M. I., & Abd Razak, K. (2025). Digital integration in primary school islamic education: Teachers’perspectives on its impact on students’ learning. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 22(2), 21-41.

Azmi, N., Salleh, M. S., & Omar, R. (2022). Penggunaan multimedia interaktif dalam pembelajaran fiqh sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Islam, 37(2), 45–58.

Bakar, A. R., & Hassan, M. A. (2019). Tahap kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan teknologi dalam PdP. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 23–35.

Chua, Y.P. (2020). Mastering Research Methods. 3rd Edition. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education Sdn. Bhd.

Daud, R., & Hashim, N. (2024). Penggunaan tulisan Jawi dalam bahan digital Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam Kontemporari, 9(1), 22–35.

Fauzi, A., & Majid, N. A. (2023). Gaya pembelajaran VARK dan keberkesanan PdP Pendidikan Islam. Journal of Islamic Educational Research, 8(1), 61–74.

Hambali, K. B., & Lubis, M. A. (2022). Kepentingan gamifikasi dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) Pendidikan Islam. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 5(1), 58–64

Hamzah, M. I., & Rahman, S. A. (2023). Pembelajaran digital dan penglibatan pelajar dalam Pendidikan Islam. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 20(2), 89–105.

Ismail, S., Mustafa, N. M., Shaharuddin, S. A., Yahaya, M., & Razali, K. S. (2024). Learning style through Fun Al-Quran digital application (Fun Q). Journal of Advanced Research in Computing and Applications, 32(1), 13–21. https://doi.org/10.37934/arca.32.1.1321

Jahidih Saili, Muhamad Suhaimi Taat & Nurul Hamimi Awang Japilan. (2024). Impak Moderasi Pengalaman Mengajar Terhadap Pengaruh PTPK dalam Pembentukan Amalan Kreativiti Pengajaran Sirah dan Tamadun Islam. Journal of Islamic Educational Research (JIER), 10(1), 31.

Jamil, N., Ahmad, Z., & Ismail, H. (2022). Penilaian modul E-Hajj Education sebagai bahan pembelajaran digital. Journal of Islamic Studies in Education, 6(2), 112–125.

Khairunnisa, S. M., & Rozi, M. A. F. (2024). The Use of Gamification Based Learning Media in Improving the Learning Motivation of Students in Fikih Subjects at the Darul Muslimin Muhammadiyah Pare Islamic Boarding School. EDUKASI: Jurnal Pendidikan Islam, 13(2).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Laporan analisis keberkesanan pengajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah. Putrajaya: KPM.

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement.

Nawi, A. M. (2020). Multimedia interaktif dalam pembelajaran Pendidikan Islam. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 10(1), 15–28.

Rahim, S., & Nasir, M. F. (2023). Aplikasi digital fiqh dan pembelajaran kendiri pelajar. International Journal of Islamic Education, 5(1), 33–47.

Roslan, R., & Zulkifli, N. (2024). Gamifikasi dalam pengajaran Pendidikan Islam: Satu kajian empirikal. Journal of Contemporary Islamic Education, 9(1), 1–14.

Suhaila, S., & Kamarudin, N. (2024). Analisis platform pembelajaran Islam berasaskan digital. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 14(1), 55–70.

Zulkefli, M., & Jamil, A. I. (2024). Advancing Islamic Education with Game-Based Learning: Principles, Effects, And Implementation Obstacles. Journal of Islamic Educational Research (JIER),10(1),1-12. https://adum.um.edu.my/index.php/JIER/article/view/55154

Downloads

Published

04-03-2026

How to Cite

Rosmahadi, N. S., Wan Ismail, W. O. A. S., Hanafi , F. H. M., Amran, N. A. A. M., Suhaimi, N. I. A. M., Januri, N. A. I., & Shaifudin, N. F. (2026). INTEGRASI LAMAN WEB E-FIQHUNA DALAM PEMBELAJARAN FIQH : SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF SEKOLAH MENENGAH: INTEGRATION OF THE E-FIQHUNA WEBSITE IN FIQH LEARNING: A STUDY ON THE EFFECTIVENESS OF INTERACTIVE LEARNING IN SECONDARY SCHOOLS. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 8(29), 532–546. https://doi.org/10.35631/IJMOE.829032