KEBERKESANAN LAMAN WEB FIQHUP SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN DIGITAL PENDIDIKAN ISLAM
THE EFFECTIVENESS OF THE FIQHUP WEBSITE AS A DIGITAL LEARNING MEDIUM FOR ISLAMIC EDUCATION
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.829034Keywords:
FiqhUp, Pembelajaran Digital (Digital Learning), Pendidikan Islam (Islamic Education), Penerimaan Pengguna (User Acceptance), Kebolehaksesan (Accessibility)Abstract
Kemajuan teknologi digital telah mengubah corak pembelajaran masa kini, termasuk dalam bidang Pendidikan Islam. Walau bagaimanapun, kaedah pengajaran tradisional yang bergantung sepenuhnya kepada buku teks didapati kurang menarik minat pelajar serta kurang bersifat interaktif dalam penyampaian konsep fiqh. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menilai keberkesanan laman web FiqhUp sebagai medium pembelajaran digital dalam meningkatkan kefahaman pelajar serta menyokong pengajaran fiqh oleh guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik berskala Likert lima mata yang melibatkan 127 orang responden, terdiri daripada pelajar dan guru sekolah menengah di daerah Kuala Nerus. Populasi kajian adalah seramai 200 orang dan pemilihan sampel adalah berdasarkan Jadual Krejcie dan Morgan (1970). Instrumen kajian merangkumi empat komponen utama, iaitu tahap penggunaan, persepsi keberkesanan, kebolehaksesan dan penerimaan pengguna. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan dan penerimaan terhadap FiqhUp berada pada tahap sederhana tinggi (Min = 3.92, SP = 0.58). Sebanyak 88% responden bersetuju bahawa FiqhUp mudah digunakan, mesra pengguna dan berupaya meningkatkan pemahaman fiqh melalui bahan pembelajaran yang interaktif serta tersusun. Walau bagaimanapun, beberapa cabaran turut dikenal pasti, antaranya capaian internet yang tidak stabil, perbezaan tahap kemahiran digital serta ketersediaan peranti. Kesimpulannya, FiqhUp merupakan platform pembelajaran digital yang berkesan dalam konteks Pendidikan Islam dan berpotensi untuk diperkembangkan dengan sokongan infrastruktur teknologi serta latihan berterusan kepada pengguna. Implikasi kajian ini membuktikan bahawa integrasi digital mampu memperkukuh pengajaran fiqh dalam konteks pendidikan abad ke-21 dan menyokong pembelajaran aktif serta berpusatkan pelajar.
The advancement of digital technology has significantly transformed contemporary learning practices, including in the field of Islamic Education. However, traditional teaching methods that rely solely on textbooks are often less engaging for students and lack interactivity in delivering fiqh concepts. Therefore, this study aims to evaluate the effectiveness of the FiqhUp website as a digital learning medium in enhancing students’ understanding and supporting teachers in fiqh instruction. This study employed a quantitative approach using a five-point Likert scale questionnaire involving 127 respondents, consisting of secondary school students and teachers in the Kuala Nerus district. The study population comprised 200 individuals, and the sample size was determined based on Krejcie and Morgan’s (1970) table. The research instrument consisted of four main components: level of usage, perceived effectiveness, accessibility, and user acceptance. Data were analysed using descriptive statistics, including mean scores and standard deviations. The findings indicate that the level of usage and acceptance of FiqhUp is moderately high (M = 3.92, SD = 0.58). A total of 88% of respondents agreed that FiqhUp is easy to use, user-friendly, and enhances their understanding of fiqh through well-structured and interactive learning materials. Nevertheless, several challenges were identified, including unstable internet access, variations in digital literacy levels, and limited availability of digital devices. In conclusion, FiqhUp is an effective digital learning platform in the context of Islamic Education and has strong potential for further development with adequate technological infrastructure and continuous user training. The findings of this study demonstrate that digital integration can strengthen fiqh instruction within the 21st-century educational context.
Downloads
References
Abdul Suhid, Ahmad Munawar Ismail, Mohd Sabri Sahrir, & Ahmad Ezzat Mohamad. (2015). Pendidikan untuk semua dalam sistem pendidikan Islam. International Journal of Education and Training, 1(2), 1–7.
Ahmad Haziq Mohd Noor. (2024). Penggunaan aplikasi E-Doa dalam pengajaran Bahasa Arab KAA. Jurnal Al-Sirat, 24(2), 15–29.
Ahmad Wafi Syakhrani, Fathiyah Fathiyah, Fitriah Janah, & Fauziyyah Fauziyyah. (2022). Sistem pendidikan di Malaysia. Educational Journal: General and Specific Research, 2(2), 320–327.
Ali Afif, & Mohd Zalnur. (2024). Pendidikan Islam di Malaysia: Isu dan cabaran semasa. Jurnal Kolaboratif Sains, 7(1), 322–33
Creswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approach (4th ed.). SAGE Publications.
Davis, F. D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of information technology. MIS Quarterly, 13(3), 319–340.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
Maniam Sanmugam, Norhidayah Jamiat, & Wan Aida J. W. Yahaya (Peny.). (2019). Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Mayer, R. E. (2009). Multimedia learning (2nd ed.). Cambridge University Press.
Mohd Hisham A. Rashid, & Mohd Narowi. (2021). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam secara dalam talian. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 22(2), 150–162.
Noraini Ghazali. (2016). Pendidikan Islam di Malaysia: Analisis kepentingan penghayatan mazhab Syafi ‘i. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 12(4), 1–12.
Nur Hidayah A. Rahman, & G. A. G. Piragasam. (2024). Penilaian keberkesanan pembelajaran interaktif i-Zoo. Journal of Research, Innovation, and Strategies for Education, 1(2), 31–48.
Nur Zafirah Abidin. (2024). Pembangunan kebolehgunaan serta tahap minat dan motivasi pelajar terhadap penggunaan aplikasi gamifikasi. Jurnal Pendidikan Digital Malaysia, 6(1), 45–58.
Siti Fadzilah Mat Noor, & Shereena Mohd Arif. (2002). Multimedia dalam pendidikan: Konsep dan aplikasi Sekolah Bestari. Jurnal Pendidikan Malaysia, 27, 89–102.
Siti Mariam Sukis, Norhidayah Muhamad, & Azhar Hadi Borham. (2023). Amalan pentaksiran alternatif digital Guru Pendidikan Islam. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 7(1), 44–57.
Siti Nur Syahirah Hasan. (2015). Laman web al-Durar al-Saniyyah: Aplikasi dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran hadis. Maʿālim al-Qurʾān wa al-Sunnah, 10(11), 85–98.
Venkatesh, V., Morris, M. G., Davis, G. B., & Davis, F. D. (2003). User acceptance of information technology: Toward a unified view. MIS Quarterly, 27(3), 425–478.
Zainab Hussin, & Rohani Ali. (2021). Laman web sebagai tarikan masa kini dan masa depan dalam pengajaran Pendidikan Islam. Dalam Future Education in Global Challenges (ms. 552–560
