ANALISIS IMPAK PENGGUNAAN SMART AKHLAQ SEBAGAI PLATFORM PEMBELAJARAN DIGITAL DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

AN ANALYSIS OF THE IMPACT OF USING SMART AKHLAQ AS A DIGITAL LEARNING PLATFORM IN FORM ONE ISLAMIC EDUCATION

Authors

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.829063

Keywords:

Inovasi Digital ( Digital Innovation), Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) (21st Century Learning (PAK-21), Pendidikan Islam (Islamic Education), Smart Akhlaq, Tahap Penerimaan (Level of Acceptance)

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bagi membangunkan serta menilai tahap penerimaan laman sesawang "Smart Akhlaq" sebagai satu bentuk inovasi digital dalam pembelajaran akhlak bagi pelajar Tingkatan Satu. Sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini, platform ini mengintegrasikan modul interaktif, rujukan sistematik dan sumber visual bagi mendokong aspirasi Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Dengan mengaplikasikan reka bentuk kaedah campuran (mixed-method), kajian ini meneroka secara mendalam persepsi pelajar terhadap penggunaan laman tersebut sebagai bahan bantu mengajar. Seramai 213 orang pelajar Tingkatan Satu dari dua buah sekolah menengah harian di Daerah Kuala Nerus telah dipilih sebagai responden melalui teknik persampelan mudah. Instrumen kajian yang digunakan merangkumi soal selidik melalui Google Form dengan skala Likert empat mata bagi memastikan pemerolehan data yang objektif. Hasil analisis deskriptif menunjukkan tahap penerimaan yang sangat tinggi terhadap penggunaan platform tersebut. Majoriti responden memberikan maklum balas bahawa laman sesawang ini amat mesra pengguna selain berupaya membantu proses pembelajaran kendiri dengan lebih efisien. Secara spesifik, sebanyak 96 peratus pelajar bersetuju bahawa penggunaan "Smart Akhlaq" memudahkan mereka memahami topik akhlak berbanding kaedah konvensional yang hanya bergantung kepada buku teks. Kesimpulannya, inisiatif ini bukan sahaja menyokong transformasi pedagogi Pendidikan Islam, malah membuktikan bahawa integrasi teknologi mampu memperkukuh kefahaman konsep dan penghayatan nilai sahsiah pelajar secara menyeluruh.

This research was conducted to develop and evaluate the acceptance level of the "Smart Akhlaq" website as a digital innovation for Form One Islamic Education. The platform integrates interactive modules, systematic references, and visual resources in alignment with 21st-century learning (PAK-21) aspirations. Utilizing a mixed-method design, the study explores students' perceptions of the website as an effective teaching aid. A total of 213 Form One students from two daily secondary schools in the Kuala Nerus District were selected as respondents through convenience sampling. Data were objectively gathered using a four-point Likert scale questionnaire administered via Google Form. Descriptive analysis revealed a high level of acceptance toward the platform's utilization. Most respondents reported that the website is user-friendly and significantly enhances self-paced learning. Notably, 96 percent of the participants agreed that "Smart Akhlaq" helped them understand ethical (akhlak) topics more effectively compared to conventional textbook-based methods. In summary, the development of "Smart Akhlaq" facilitates a pedagogical shift in Islamic Education, demonstrating that technological integration can successfully bolster conceptual understanding and the overall development of students' character.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab. Halim Tamuri, Adnan Abd Rashid, & Khairul Azmi Mohamad. (2018). Pendidikan Islam dan pembentukan akhlak: Keperluan modul bersepadu dalam pendidikan Islam sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(1), 1–10.

Afinah A. D. Matsud, Naima Binti Kadir, Noemi Binti Linus, & Rayner Bin Tangkui. (2024). Pengetahuan dan Kefahaman Guru Terhadap Perlaksaan Kajian Tindakan. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. 12(2), 46-47. Diperoleh daripada https://ojie.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/51892

Al-Fraihat, D., Joy, M., & Sinclair, J. (2020). Evaluating e-learning systems success: An empirical study. Computers in Human Behavior, 102, 67–86. https://e-tarjome.com/storage/panel/fileuploads/2020-01-22/1579695667_E14201-e-tarjome.pdf

Nur Aliya, Suriani, Azzam & Mohd Adli. (2024). Integrasi Aplikasi berasaskan Kecerdasan Buatan dalam Pembelajaran Digital dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Fizik Kuantum: Tinjauan Literatur. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 14(2), 155-170

Creswell, John W, and Vicki L Plano Clark. (2011) Designing and Conducting Mixed Methods Research. 2nd edition. Los Angeles, Calif.; Sage.

Fatin Izati binti Mohd Taher, & Farah Hanan binti Abu Bakar. (2021). Pendidikan digital era IR 4.0 dalam pendidikan Islam. In International Conference on Syariah & Law 2021 (ICONSYAL 2021) (Online conference).

Kho Ai Peng, Mohd Asri Mohd Noor, & Nor Azrin Md. Latip. (2020). Pengaruh kecerdasan pelbagai terhadap pencapaian akademik pelajar bagi subjek Pengajian Perniagaan di Larut Matang dan Selama, Perak. Akademika, 90(Isu Khas 3), 115–130. http://journalarticle.ukm.my/17325/1/42140-140547-1-PB.pdf

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.

Mayer, R. E. (2021). Multimedia learning (3rd ed.). Cambridge University Press. https://scholar.google.com/citations?user=o5doXYoAAAAJ&hl=en

Mohd Al-Ikhsan, & Ahmad Roslan. (2022). Cabaran dan prospek pendidikan Islam digital di Malaysia: Satu tinjauan literatur. Jurnal Pendidikan Islam dan Kontemporari, 5(2), 45-58.

Mohd. Effendi @ Ewan Mohd Matore, & Khairiyah Mat Akhir. (2019). Peranan elemen interaktif dalam reka bentuk instruksional pembelajaran berasaskan web: Tinjauan sorotan. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(1), 20–35.

Nielsen, J. (1994). Usability Engineering. Morgan Kaufmann.

Nor Azlina Azuddin, Kamaruzzaman Abdul Manan, Mohammad Taufiq Abdul Ghani & Wan Norshira Wan Mohd Ghazali (2024). Teachers’ acceptance of online education: Instrument development and validation. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 40(3), 421–437. Diperoleh daripada https://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/79011

Norazah Mohd Nordin, & Siti Rahaimah Ali. (2010). Pembelajaran berasaskan web dan penerimaan pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 93–102.

Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul & Roseamnah Abd. Rauf. (2017). Penggunaan laman web sebagai transformasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 1(2). https://borneojournal.um.edu.my/index.php/O-JIE/article/view/5534/3291

Norliza Hussin. (2017). Penggunaan laman web sebagai transformasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Journal of Islamic Education, 6(2), 20-30. Diperoleh daripada https://ejournal.um.edu.my/index.php/O-JIE/article/view/5534

Norul Haida Reduzan, & Mohd Rashid Md. Idris. (n.d.). Penggunaan model konstruktivisme dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu. Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/download/3247/2231/8360

Siti Fatihah Osman. (2016). Faktor Bahan Bantu Mengajar yang Menyokong Pengamalan Pemikiran Kritis Guru Pendidikan Islam dalam Meningkatkan Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21. Jurnal Sains Insani, 8(1), 114-122. Diperoleh daripada https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/428

Siti Fatimah Ahmad, & Halim Tamuri. (2010). Keberkesanan penggunaan teknologi dalam pengajaran Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam, 22(1), 45–58.

Sun, P.-C., Tsai, R. J., Finger, G., Chen, Y.-Y., & Yeh, D. (2008). What drives a successful e-Learning? An empirical investigation of the critical factors influencing learner satisfaction. Computers & Education, 50(4), 1183–1202. Diperoleh daripada https://www.learntechlib.org/p/67184/

Sweller, J., Ayres, P., & Kalyuga, S. (2011). Cognitive Load Theory. Springer.

Downloads

Published

29-03-2026

How to Cite

Asyura, N. H., Saifuddin, W. O. A., Sofiya, A., Qaisara, H., Adlin, A., Nadhirah, I., & Khairiyah, R. (2026). ANALISIS IMPAK PENGGUNAAN SMART AKHLAQ SEBAGAI PLATFORM PEMBELAJARAN DIGITAL DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1: AN ANALYSIS OF THE IMPACT OF USING SMART AKHLAQ AS A DIGITAL LEARNING PLATFORM IN FORM ONE ISLAMIC EDUCATION. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 8(29), 1080–1094. https://doi.org/10.35631/IJMOE.829063