ANALISIS KEBERKESANAN PLATFORM QALBU VERSE SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN AL-QURAN ABAD KE-21
ANALYSIS OF THE EFFECTIVENESS OF THE QALBU VERSE PLATFORM AS A MEDIUM FOR LEARNING THE QURAN IN THE 21ST CENTURY
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.829080Keywords:
Gamifikasi (Gamification), Nilai-Nilai Islam (Islamic Values), Pedagogi (Pedagogy), Pembelajaran Al-Quran (Quranic Learning), Pendidikan Abad Ke-21 (21st Century Education)Abstract
Kajian ini bertujuan menilai persepsi keberkesanan platform Qalbu Verse sebagai medium pembelajaran al-Quran yang selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21. Penilaian turut meneliti tahap keberkesanan penggunaan platform tersebut dalam meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kandungan ayat al-Quran serta mengukuhkan penguasaan bacaan dan hukum tajwid di samping membentuk pemahaman nilai-nilai al-Quran, meningkatkan motivasi pembelajaran dan memperkaya pengalaman pengguna dalam kalangan pelajar Tingkatan 2. Pendekatan kuantitatif berbentuk penilaian program dengan sokongan data pemerhatian yang melibatkan 112 orang responden yang terdiri daripada 88 orang pelajar serta 24 orang guru dan ibu bapa melalui pengumpulan data menggunakan borang soal selidik berstruktur, rekod gamifikasi dan pemerhatian fasilitator. Analisis mendapati bahawa platform ini memberi kesan positif yang konsisten terhadap beberapa aspek pembelajaran. Secara keseluruhan, antara 84% hingga 88% responden pelajar memberikan penilaian positif terhadap laman web Qalbu Verse dari segi kebolehcapaian maklumat, reka bentuk visual, kemudahan navigasi, pautan video serta bahan pembelajaran. Dari aspek kefahaman ayat al-Quran, kesedaran pengamalan ajaran Islam, pemahaman adab dan akhlak serta pengaitan ayat dengan kehidupan sebenar, dapatan turut menunjukkan tahap penilaian positif dalam julat yang sama. Dari perspektif guru dan ibu bapa pula, penilaian terhadap kebolehgunaan, susun atur dan kesesuaian bahan pembelajaran serta sumbangannya terhadap kefahaman maksud ayat al Quran dan penghayatan nilai Islam juga berada dalam julat antara 84% hingga 88% sekali gus menunjukkan sokongan yang kuat terhadap keberkesanan platform ini. Secara keseluruhannya, Qalbu Verse menunjukkan potensi penghayatan nilai-nilai al-Quran, minat dan motivasi pembelajaran, penguasaan bacaan serta hukum tajwid di samping menyediakan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar melalui ciri interaktif dan gamifikasi. Kesimpulannya, Qalbu Verse berpotensi sebagai medium pelengkap bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Penggunaan platform ini disarankan untuk diselaraskan secara pedagogi, dipantau oleh guru dan disertai dengan pemilihan kandungan beretika bagi meningkatkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan pelajar.
This study aims to assess the perception of the effectiveness of the Qalbu Verse platform as a medium for learning the Quran in line with the needs of 21st century education. The evaluation also examined the level of effectiveness of the platform in improving students' understanding of the content of the Quranic verses and strengthening their mastery of reading and tajwid rules, in addition to forming an understanding of the values of the Quran, increasing learning motivation and enriching the user experience among Form 2 students. The quantitative approach was in the form of a program evaluation with the support of observational data involving 112 respondents consisting of 88 students and 24 teachers and parents through data collection using a structured questionnaire, gamification records and facilitator observations. The analysis found that this platform had a consistent positive impact on several aspects of learning. Overall, between 84% and 88% of student respondents gave a positive assessment of the Qalbu Verse website in terms of information accessibility, visual design, navigation facilities, video links and learning materials. In terms of understanding of the Quranic verses, awareness of practicing Islamic teachings, understanding of manners and ethics and relating verses to real life, the findings also showed a level of positive assessment in the same range. From the perspective of teachers and parents, the assessment of the usability, layout and suitability of the learning materials as well as its contribution to the understanding of the meaning of the Quranic verses and the appreciation of Islamic values also ranged between 84% and 88%, thus showing strong support for the effectiveness of this platform. Overall, Qalbu Verse shows the potential for the appreciation of the values of the Quran, interest and motivation for learning, mastery of reading and the rules of tajwid in addition to providing a student-centered learning experience through interactive features and gamification. In conclusion, Qalbu Verse has the potential to be a complementary medium for the Teaching and Learning process. The use of this platform is recommended to be pedagogically coordinated, monitored by teachers and accompanied by the selection of ethical content to increase the appreciation of Islamic values among students.
Downloads
References
Ab Halim, N., Wan Ismail, W. O. A. S., Ab Ghani, B., Wan Fakhruddin, W. F. W., & Ahmad Sobri, S. (2025). Technological pedagogical Islamic content: A systematic literature study. UMRAN - Journal of Islamic and Civilizational Studies, 12(2), 99-111.
A., Amirul M.M., & Noorhazila M.H. (2021). Kajian persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) atas talian bagi kursus penulisan pantun kreatif. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 22, 278–289.
Etikan, I., & Bala, K. (2017). Developing Questionnaire Base on Selection and Designing.Biometrics & Biostatistics International Journal, 5(6), 1-3.
Heni Jusuf (2016). Penggunaan gamifikasi dalam proses pembelajaran. Jurnal technology of Information and Communication, 5(9), 1-6.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013– 2025 (Pendidikan Tinggi). Putrajaya: KPM.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
Maimun Aqsha Lubis et al. (2022). Integrasi ilmu dan inovasi pendekatan digital dalam pendidikan Islam Mendepani Era Revolusi Industri 4.0 di universiti Kebangsaan Malaysia. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 5 (1) 27-41.
Marlya Fatira AK, Ferawati, Satya Darmayani, Sandriana Juliana Nendissa, Opan Arifudin, Filia Dina Anggaraeni, Rudy Hidana, Nurhana Marantika, Nur Arisah, Nazaruddin Ahmad, Rinanda Febriani, Febria Sri Handayani. (2021). Pembelajaran Digital. Penerbit Widhina Bakti Persada Bandung.
Norasmahani Nor, & Fariza Md Sham. (2018). Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam: Analisis keperluan dan cabaran. Jurnal Hadhari, 10(2), 35–49.
Permana, Y. A., Kusumo, D. S., & Nurjanah, D. (2018). Gamification for Learning Basic Algorithm. In 2018 6th International Conference on Information and Communication Technology (ICoICT) (pp. 402-408).
Rabbi, M. F., Hanapi, W., Akbar, A. F., Ansyari, & Cahyadi, A. (2025). Penggunaan platform digital pada pembelajaran Al‑Qur'an di Ma'had Online Al‑Imam As‑Syafi'i. FIKRUNA: Jurnal Ilmiah Kependidikan dan Kemasyarakatan, 7(2).
Raja, T. (2018). Online tools for data collection. In Education 5.0: Perspectives and Previews Tamil Nadu: Tamil Nadu: St. Xavier’s College of Education
Saufi, S., Razaki, M. M., Wan Mohd Nasir, W. N. W., & Kamal, I. S. M. (2023). Kajian tahap tanggapan kebergunaan terhadap kaedah e‑pembelajaran di kalangan pelajar institut pendidikan tinggi di Malaysia. International Journal of Islamic Products and Malay Civilization, 2(1), 65-74.
Siti Rosilawati Ramlan et al. (2018). Gamifikasi untuk pembelajaran bahasa: Satu tinjauan literatur sistematik. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018, (1257-1264).
Suhaila Zailani et al. (2019). Improvement in Sarf (Morphology) competency through Gamification at Miri National Religious Secondary School (SMKAMi). International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9 (1), 684-697.
Yusof, A. S. B. M. (2021). Amalan penggunaan media digital dalam kalangan guru-guru sekolah Orang Asli. Journal of Education and Human Development (JEHD), 10(2), 45- 54.
Zalizan, I. N. A., Baharum, H., & Hamzah, N. (2024). Elemen multimedia dalam Land of Magic sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran gaya bahasa, Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK). Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 17(2), 1
