KEBERANIAN DAN PROSES KREATIF DALAM KEPENGARANGAN OSMAN AYOB MENERUSI NOVEL EMPANGAN TUGAL
Keywords:
Novel Empangan Tugal, Teori Rasa-Fenomenologi, Keberanian Proses KreatifAbstract
Makalah ini bertujuan membincangkan keberanian dengan proses kreatif penciptaan novel dalam diri pengarang. Batasan kajian ini adalah mengkaji Novel Empangan Tugal karya Osman Ayob. Selain itu, kajian secara kualitatif dan pendekatan kepustakaan ini juga akan membincangkan keberanian dan proses kreatif penciptaan karya tersebut. Menerusi kajian ini dapat menambah dokumentasi kajian yang berkaitan dengan Teori Rasa-Femenologi oleh Abdul Aziz. Berdasarkan kepada teori Rasa-Fenomenologi, pengalaman estetik adalah satu pengalaman yang dialami apabila berlaku proses serentak di dalam minda pembaca iaitu emosi tetap pembaca mengalami transformasi menjadi emosi estetik. Kedua, karya sastera mengalami transformasi menjadi objek estetik dan ketiga ialah kesedaran biasa mnagalami transformasi menjadi kesedaran estetik. Analisis kajian ini mendapati Osman Ayob tidak terlepas daripada mengarang novel ini menggunakan proses kreatif. Kajian ini berkisarkan tentang keberanian dan proses kreatif dalam kepengarangan Osman Ayob menerusi novel Empangan Tugal. Kajian ini melihat bagaimana nilai keberanian dan proses kreatif dalam kepengarangan Osman Ayob yang digunakan di dalam teks. Pemilihan novel Empangan Tugal adalah kerana novel ini banyak memperlihatkan nilai keberanian dalam teks yang berkisarkan tentang kehidupan masyarakat kini.