KAJIAN KEPUSTAKAAN INDIKATOR PELANCONGAN WARISAN

Authors

  • Wong, M.H. Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Er, A.C. Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Pelancongan, Warisan, Indikator, Kelestarian, Impak

Abstract

Kajian ini mengkaji tentang mengenalpasti indikator kelestarian pelancongan warisan dan mengkaji impak kelestarian pelancongan terhadap komuniti tempatan. Pengkaji telah memilih pendekatan penyelidikan secara kuantitatif yang menggunakan metod kajian kepustakaan sama ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan lokal tentang indikator pelancongan warisan. Namun sepanjang kajian dijalankan, terdapat juga kekangan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci tentang indikator kelestarian pelancongan warisan kerana terdapat beberapa buku dan artikel atas talian tidak dapat dibuka atas privasi tertentu. Berdasarkan hasil kajian, pelancongan warisan secara umumnya merupakan satu bentuk pelancongan untuk melihat segala khazanah warisan yang telah diwarisi daripada generasi terdahulu seperti sejarah, kebudayaan, kesenian, alam semula jadi, artifak dan lain-lain. Dari segi indikator kelestarian pelancongan warisan dapat dikenalpasti dari segi budaya dan semula jadi. Dari segi impak kelestarian pelancongan terhadap komuniti tempatan pula, impak ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu budaya, ekonomi, sosial dan persekitaran. Kesimpulannya, Pembangunan pelancongan lestari menyokong dan dapat memastikan agar keadaan dan status ekonomi,sosial dan budaya sesebuah masyarakat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan aktiviti pelancongan berada pada tahap yang baik. Pendapatan kewangan daripada pelancongan dapat menyumbang kepada peningkatan taraf hidup, keselamatan dan kestabilan sosial serta menjana lebih banyak peluang untuk pembangunan dan kebolehan berdikari atau menampung diri sendiri terutamanya bagi masyarakat setempat di sesebuah destinasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-17

How to Cite

Wong, M.H., & Er, A.C. (2024). KAJIAN KEPUSTAKAAN INDIKATOR PELANCONGAN WARISAN. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 4(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/1510