ANALISIS CORAK PEMBELIAN CENDERAMATA DI KALANGAN PELANCONG ANTARABANGSA DI SABAH

Authors

  • Jim Jipun

Keywords:

Kategori Produk, Jenis Produk, Ciri-Ciri Cenderamata, Ciri-Ciri Kedai

Abstract

Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, industri pelancongan telah berkembang dengan amat pesat di Malaysia khususnya negeri Sabah. Subsektor beli-belah merupakan komponen yang semakin penting dalam industri tresebut selain penginapan, makanan dan minuman, pengangkutan tempatan, hiburan dan lain-lain. Statistik yang dikeluarkan oleh Tourism Malaysia merekodkan sebahagian besar perbelanjaan pelancong antarabangsa di negara ini ialah untuk beli-belah. Perbelanjaan beli-belah meningkat daripada 31.3% pada tahun 2015 kepada 31.7% pada tahun 2016, mengatasi perbelanjaan penginapan untuk tahun kedua berturut. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti corak pembelian cenderamata di kalangan pelancong antarabangsa di Sabah. Dapatan kajian mendedahkan bahawa ciri penting yang diutamakan pelancong antarabangsa dalam memilih cenderamata ialah produk tempatan, imej bergambar, dan aksesori dan hiasan. Sementara, produk makanan tempatan yang berupa produk kering merupakan pilihan utama pelancong antarabangsa diikuti produk mini seperti key chain, pen, bumper sticker dan lain-lain, dan poskad serta kraftangan. Selain itu, ciri-ciri cenderamata yang menarik minat pelancong antarabangsa untuk membelinya ialah produk mesti berciri tradisional, mudah dibawa dan bernilai untuk keluarga dan rakan. Didapati juga selain untuk diri sendiri turut diberikan kepada jiran dan saudara-mara sebagai tujuan utama mereka membeli cenderamata. Pembelian cenderamata merupakan satu aktiviti dan pengalaman yang penting di dalam pelancongan kepada pelancong, maka diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan sumbangan dalam memperbaiki dan memajukan lagi industri cenderamata di Sabah khususnya dan tempat-tempat lain di seluruh Malaysia amnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-17

How to Cite

Jim Jipun. (2024). ANALISIS CORAK PEMBELIAN CENDERAMATA DI KALANGAN PELANCONG ANTARABANGSA DI SABAH. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 4(15). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/1518