TANGGAPAN KUALITI PERKHIDMATAN, KEPUASAN DAN NIAT TINGKAH LAKU PENGGUNA TRANSIT ALIRAN BERAT (MRT) DI MALAYSIA
Keywords:
Kualiti Perkhidmatan, Kepuasan, Niat Tingkah Laku, MRTAbstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi niat tingkah laku pengguna sistem transit awam yang agak baru beroperasi di Malaysia iaitu Transit Aliran Berat (MRT). Spesifiknya, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara tanggapan kualiti perkhidmatan, kepuasan dan niat tingkah laku pengguna MRT di Malaysia. Soal selidik berstruktur akan digunakan sebagai kaedah utama dalam pengumpulan data daripada pengguna MRT di sekitar Lembah Kelang. Mereka ini akan dipilih berdasarkan teknik persampelan mudah. Soal selidik yang dibangunkan ini akan menggunakan instrumen yang diambil dari kajian-kajian lepas. Maklum balas daripada pengguna MRT yang akan dikutip secara mall intercept di sekitar Lembah Kelang akan dianalisis dengan menggunakan teknik Permodelan Persamaan Berstruktur (SEM). Penemuan kajian ini diharap dapat membantu pembuat dasar, khususnya dasar pengangkutan untuk menentukan halatuju dalam memajukan industri pengangkutan awam di Malaysia bagi meningkatkan kualiti hidup pengguna perkhidmatan awam di Malaysia, serta membantu ke arah pembangunan dan ekonomi penduduk setempat dan negara.