IMPAK GUNA TANAH TERHADAP KUALITI AIR SUNGAI LIWAGU, SABAH

Authors

  • Mohmadisa Hashim University Pendidikan Sultan Idris
  • Erna Zuryena Ramli University Pendidikan Sultan Idris
  • Dewi Liesnoor Setyowati Universitas Negeri Semarang
  • Nasir Nayan University Pendidikan Sultan Idris
  • Zahid Mat Said University Pendidikan Sultan Idris
  • Hanifah Mahat University Pendidikan Sultan Idris
  • Yazid Saleh University Pendidikan Sultan Idris
  • Koh Liew See University Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Guna Tanah, Indeks Kualiti Air, Pencemaran Air, Pemuliharaan Sumber Air

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti status kualiti air sungai Liwagu, Sabah ekoran daripada pelbagai aktiviti guna tanah di kawasan sub-lembangan sungai tersebut. Ini disebabkan sungai Liwagu merupakan sumber air utama bagi penduduk sekitar bagi tujuan domestik. Bagi mencapai tujuan kajian, pencerapan kualiti air sungai Liwagu dan mengenal pasti jenis aktiviti guna tanah yang terdapat di sepanjang sungai tersebut. Penilaian status kualiti air sungai Liwagu melibatkan enam parameter iaitu keperluan oksigen biokimia, keperluan oksigen kimia, oksigen terlarut, indeks kealkalian, ammonia nitrogen dan pepejal terampai di lima buah stesen yang telah ditetapkan. Kesemua parameter ini dibandingkan dengan Indeks Kualiti Air seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pencerapan kualiti air telah dijalankan sebanyak tiga kali iaitu pada bulan Februari, Mac dan April 2019. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai purata Indeks Kualiti Air pada bulan Februari 2019 adalah dalam keadaan semula jadi (Kelas I) dan pada bulan Mac dan April 2019 adalah dalam keadaan bersih (Kelas II). Paramater permintaan oksigen kimia pula menunjukkan nilai yang melebihi standard yang ditetapkan oleh JAS Malaysia. Kemerosotan parameter kualiti air ini turut disumbangkan oleh kepelbagaian aktiviti manusia seperti pelancongan, pertanian, petempatan penduduk dan pembalakan yang terdapat di hulu dan sepanjang sungai ini. Kesimpulannya, impak perubahan guna tanah terhadap kualiti sungai Liwagu masih lagi terkawal dan terancang dari segi pembangunannya. Namun, pemantauan terhadap pencemaran sungai ini perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh pelbagai pihak sebagai langkah awal mencegah kemerosotan kualiti air sungai Liwagu memandangkan sumber air ini turut digunakan oleh penduduk sekitarnya sebagai sumber bekalan air.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-17

How to Cite

Mohmadisa Hashim, Erna Zuryena Ramli, Dewi Liesnoor Setyowati, Nasir Nayan, Zahid Mat Said, Hanifah Mahat, Yazid Saleh, & Koh Liew See. (2024). IMPAK GUNA TANAH TERHADAP KUALITI AIR SUNGAI LIWAGU, SABAH. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/1584