LITERASI KEWANGAN PEKERJA SEKTOR AWAM: ISU DAN CABARAN
Keywords:
Literasi Kewangan, Pengurusan kewangan, PerbelanjaanAbstract
Amalan pembuatan keputusan kewangan yang bijak yang berasaskan kepada tahap pengetahuan dan literasi kewangan oleh seseorang individu akan meningkatkan keupayaan dalam mengurus amalan pengurusan kewangan dengan berhemat. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menyelidiki tahap literasi kewangan di kalangan pekerja sektor awam dari Lembah Kelang termasuk di Putrajaya. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan tahap literasi kewangan berdasarkan jantina dan status perkahwinan serta mengenalpasti hubungan di antara tahap literasi kewangan dengan tahap pencapaian akademik Data-data kajian yang dikumpul dianalisa secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan mean dengan menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 25. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.878. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan tahap literasi kewangan di kalangan pekerja sektor awam berada pada tahap pengetahuan yang tinggi. Pekerja sektor awam juga sedar akan kepentingan pengurusan kewangan yang lebih mahir dan teratur. Mereka juga mampu untuk mengawal aliran perbelanjaan kewangan dengan bantuan aktiviti sokongan seperti kerja lebih masa, kerja sampingan seperti perniagaan. Selain, itu mereka juga diberi pendedahan dalam pengurusan kewangan peribadi yang mana ia akan membantu ntuk meningkatkan tahap celik kewangan. Walaupun begitu, tingkah laku dan keupayaan serta sikap kewangan para responden masih berada pada tahap sederhana kerana kadangkala agak sukar bagi individu untuk mengawal perbelanjaan bila tiada alternatif sokongan pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian.