KESEDARAN JENAMA APLIKASI SHOPEE DALAM MEMPENGARUHI KEINGINAN MEMBELI

Authors

  • Norreena Amira Azizan Universiti Utara Malaysia
  • Zauridah Abdul Hamid Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Shopee, Kesedaran Jenama, Pengecaman Jenama, Mengingati Jenama, Keinginan Membeli

Abstract

Shopee adalah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan (Haryani Ngah, 2017). Ia adalah platform yang menyediakan perkhidmatan jual beli atas talian yang memudahkan interaksi antara penjual dan pembeli. Selain itu juga Shopee menyediakan sokongan pembayaran yang selamat dan kemudahan pilihan 28niversi yang kukuh. Menurut Keller (2013), kesedaran jenama adalah dengan meningkatkan kebiasaan jenama melalui pendedahan yang berulang, iaitu secara umum ianya berkesan untuk pengecaman jenama dan mengingati jenama. Ini bermakna, lebih ramai pengguna mempunyai pengalaman melihat jenama tersebut, mendengar atau memikirkannya, lebih cenderung pengguna menyenaraikan jenama itu dalam pemikirannya. Menurut Wu, Yeh dan Hsiao (2011), niat pembelian menunjukkan kemungkinan bahawa pengguna akan merancang atau sanggup membeli produk atau perkhidmatan tertentu pada masa akan 28niver. Peningkatan dalam niat pembelian mencerminkan peningkatan peluang pembelian. Kertas kerja ini akan membincangkan dapatan kajian mengenai kesedaran jenama Shopee terhadap niat untuk membeli. Terdapat dua objektif khusus iaitu pertama; untuk mengenal pasti hubungan di antara mengingati jenama Shopee dan niat untuk membeli di Shopee, dan kedua; untuk mengenal pasti hubungan antara pengecaman jenama Shopee dan niat untuk membeli di Shopee,. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Borang soal selidik diedarkan secara atas talian kepada pelajar-pelajar 28niversity seluruh Malaysia. Seramai 152 orang responden telah menjawab soal selidik tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa kesedaran terhadap jenama iaitu dapat mengingati dan mengenalpasti jenama Shopee mempunyai hubungan dengan niat untuk membeli di Shopee.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-05

How to Cite

Norreena Amira Azizan, & Zauridah Abdul Hamid. (2024). KESEDARAN JENAMA APLIKASI SHOPEE DALAM MEMPENGARUHI KEINGINAN MEMBELI. ADVANCED INTERNATIONAL JOURNAL OF BANKING, ACCOUNTING AND FINANCE (AIJBAF), 3(6). Retrieved from https://gaexcellence.com/aijbaf/article/view/952