JIHAD DAN PERLAKSANAANNYA DALAM REALITI KONTEMPORARI
Keywords:
Jihad, Kontemporari, Ulama, Sirah, MuktabarAbstract
Penulisan ini akan menyentuh beberapa aspek berkaitan pengertian jihad, pembahagian jihad , ganjaran jihad berlandaskan al-Quran, perlaksanaan jihad dalam konteks zaman kini seterusnya perbincangan kertas ini yang menjurus kepada jihad dalam konteks kontemporari kerana terdapat banyak kekeliruan di kalangan orang Islam dan bukan Islam tentang pengertian jihad itu sendiri yang sering diertikan sebagai peperangan mengangkat senjata yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan pembunuhan . Malah kekeliruan ini juga melibatkan golongan sasaran atau golongan yang harus diperangi. Peperangan yang dikatakan perang jihad ini sebenarnya tidak menepati maksud jihad yang sebenarnya seperti yang dituntut oleh Islam sedangkan jika diteliti dengan lebih mendalam ternyata definisi yang telah dibuat tentang jihad merangkumi perkara-perkara yang lebih umum. Oleh kerana itu , penulisan ini menumpukan kajian berbentuk kualitatif dengan menekankan tumpuan kajian mengenai maksud jihad dan perlaksanaan yang telah diberikan oleh ulama muktabar silam dan kontemporari yang melihat kepada aspek sirah perjuangan Rasululah S.A.W itu sendiri dengan tidak hanya menumpukan kepada aspek yang sempit terhadap pengertian jihad selaras dengan persepktif maqasid syariah.