MAZHAB SYAFIE: PENGARUH DAN PERKEMBANGANNYA DI NUSANTARA
Keywords:
Mazhab, Syafie, Impact, Nusantara, UmmahAbstract
Penulisan ini membicarakan mengenai sejarah Mazhab Syafie , perkembangan mazhab Syafie , kemunculan tokoh –tokoh Mazhab Syafie dan pengaruh mazhab Syafie di Nusantara khasnya dalam konteks kesan dan implikasi mazhab Syafie ke atas umat Islam dan negara dalam memelihara keharmonian ummah . Kajian ini melibatkan kajian kualitatif daripada analisis dokumen meliputi karya sarjana Islam . Hasil kajian ini dapat memberikan satu penyataan bahawa Mazhab Syafie adalah unsur kepada perpaduan pelbagai masyarakat di Nusantara . Mazhab Syafie juga memberikan impak yang besar kepada penyatuan ummah yang mempunyai kepelbagaian kaum dan etnik dengan penerimaan mazhab ini dalam segenap bidang kehidupan masyarakat Islam di Nusantara.