ABDULLAH MUNSHI SEBAGAI WATAK TERTAWAN DALAM TRAVELOGNYA KISAH PELAYARAN ABDULLAH

Authors

  • Rahimah Hamdan Universiti Putra Malaysia
  • Arba’ie Sujud University Putra Malaysia
  • Nik Nur Hasmiru Husna Bahari University Putra Malaysia

Keywords:

Autobiografi, watak tertawan, Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Abdullah, Syed Hussien Alatas

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti sikap tertawan Abdullah Munshi dalam karyanya dan menganalisis hubungannya dengan penganugerahan beliau sebagai ‘Bapa Kesusasteraan Melayu Moden’ oleh Barat. Keberanian Abdullah Munshi mencabar konvensi kesusasteraan yang sedia ada dan memperkenalkan acuan penulisan Barat kepada khalayak Melayu berjaya menobatkan beliau sebagai ‘Bapa Kesusasteraan Melayu Moden’. Pengikhtirafan ini mengangkat beliau sebagai tokoh yang paling berwibawa dalam korpus kesusasteraan Melayu menurut perspektif kolonial Barat terutama dengan terkarang travelog pertamanya bertajuk Kisah Pelayaran Abdullah. Abdullah Munshi terus mendapat pengikhtirafan sehinggalah muncul beberapa sarjana yang mempertikai kreadibiliti beliau sebagai tokoh yang tidak selayaknya meraih penobatan tersebut. Abdullah Munshi telah dilabel sebagai individu yang tertawan dengan setiap aspek perlakuan majikan Baratnya sebagaimana yang tergambar dalam karya magnum opus beliau. Bertitik-tolak daripada fenomena inilah, kajian menggunakan kaedah analisis teks terhadap travelog pertama Melayu iaitu Kisah Pelayaran Abdullah berdasarkan konsep watak tertawan oleh Syed Hussein Alatas. Dapatan kajian mendapati Abdullah Munshi menepati lima kriteria konsep watak tertawan oleh Syed Hussein Alatas. Ini bermakna Abdullah Munshi adalah watak yang tertawan dengan Barat sebagaimana yang dijelmakan sendiri oleh beliau menerusi travelognya. Rumusannya, dapatlah dibuktikan bahawa penobatan Abdullah Munshi sebagai ‘Bapa Kesusasteraan Melayu Moden’ sehingga menyebabkan kesusasteraan Melayu terbahagi kepada dua periodisasi merupakan agenda terbaik Barat untuk merelevankan kehadiran mereka di tanah jajahan khususnya Alam Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-16

How to Cite

Rahimah Hamdan, Arba’ie Sujud, & Nik Nur Hasmiru Husna Bahari. (2024). ABDULLAH MUNSHI SEBAGAI WATAK TERTAWAN DALAM TRAVELOGNYA KISAH PELAYARAN ABDULLAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 2(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/429