FAKTOR PERKEMBANGAN GABUNGAN PILIHAN RAYA BERSIH DAN ADIL (2006 – 2017)

Authors

  • Margaret Chin Kah Mun University Pendidikan Sultan Idris
  • Siti Noranizahhafizah Boyman University Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (BERSIH), Perhimpunan Awam, Faktor Perkembangan, Reformasi, Sistem Pilihan Raya

Abstract

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telah ditubuhkan pada tahun 2006. Sejak tahun 2007, BERSIH telah mengadakan perhimpunan awam sebanyak lima kali. BERSIH dikatakan telah menandakan lembaran baru terhadap sistem demokrasi di Malaysia dan memperjuangkan pembaharuan dalam sistem demokrasi terutamanya ketelusan sistem pilihan raya dan pentadbiran. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti faktor perkembangan BERSIH pada tahun 2006 hingga 2017. Kaedah kualitatif khususnya temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen telah digunakan untuk melengkapkan kajian ini. Sebanyak tujuh orang informan telah dipilih dalam kalangan pihak penganjur perhimpunan BERSIH, ahli politik serta ahli akademik dalam kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa perkembangan BERSIH didorong oleh faktor dalaman dan faktor luaran. Antara faktor dalaman perkembangan BERSIH adalah kepimpinan organisasi dan pengintegrasian organisasi BERSIH. Manakala, faktor luaran seperti pembukaan ruang demokrasi, perubahan landskap politik Malaysia dan penggunaan media sosial yang pesat juga penting dalam mengerakkan perkembangan BERSIH. Faktor-faktor yang dikenal pasti seperti di atas telah menyebabkan perkembangan yang ketara dalam BERSIH selama 11 tahun penubuhannya. Secara keseluruhannya, perhimpunan BERSIH juga mendatangkan implikasi positif dalam pendemokrasian Malaysia dan pembaharuan sistem pilihan raya serta institusi awam Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-16

How to Cite

Margaret Chin Kah Mun, & Siti Noranizahhafizah Boyman. (2024). FAKTOR PERKEMBANGAN GABUNGAN PILIHAN RAYA BERSIH DAN ADIL (2006 – 2017). INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 2(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/430